Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : universiti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,

Puisi
 

Datang cikgu menanam kacang,
     Ditanam oleh anak sekolah;
Hendak menembak burung terbang,
     Burung terbang terlampau payah.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKOLAH TINGGI

Sekolah tinggi ialah sekolah yang terdapat di

Amerika Syarikat dan Kanada yang menyediakan

beberapa tahun pengajian untuk kanak-kanak

yang berusia antara 14 tahun dan 17 tahun di

bawah peringkat umur muda. Di negara-negara

lain sekolah tinggi dikenali sebagai sekolah

menengah . Sekolah tinggi menyediakan

pendidikan biasa dan menyediakan pelajar yang

akan melanjutkan pelajaran ke kolej atau untuk

mendapatkan pekerjaan.

UMUM 
OH, SADAHARU

Oh, Sadaharu (1940– ), menjadi pemain

besbol Jepun yang terkenal. Dia merupakan

pemukul bola yang cemerlang, yang telah

membuat skor 868 larian dalam kerjayanya ketika

menyertai liga Jepun. Ia merupakan rekod dunia,

lebih tinggi daripada yang dilakukan oleh Henry

“Hank” Aaron dari Amerika. Sadaharu Oh lahir di

Jepun, walaupun ibu bapanya berketurunan Cina.

Selepas tamat sekolah tinggi di Waseda, dia

menjadi pemain besbol profesional. Kerjayanya

dalam liga utama bermula pada tahun 1959

setelah dia menganggotai Yomiuri. Dia bersara

pada tahun 1980 dan kemudian dilantik sebagai

pengurus Tokyo Giants.

UMUM 
MUHD. DAUD BAHARUM

MUHD. DAUD BAHARUM (1938-    ), penulis dan penyusun kamus. Dia lahir pada 8 Mac 1938 di Serdang, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya hingga Darjah Lima, manakala pengajian menengahnya di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam hingga Darjah Sembilan.

BAHASATokoh
MUHAMMAD SALEHUDDIN

MUHAMMAD SALEHUDDIN (1914-1982), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 10 Januari 1914 di Teluk Panglima Garang, Selangor. Nama penuhnya ialah Muhammad Salehuddin @ Ismail bin Abdul Jalil. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Panglima Garang, Selangor dan lulus Darjah Lima pada tahun 1926. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Anglo Chinese School, Kelang dan selepas beberapa bulan kemudian berpindah ke Sekolah Tinggi Kelang hingga lulus peringkat Junior Cambridge. Dia lulus Senior Cambridge pada tahun 1935 di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

SASTERATokoh
SJAFRUDDIN PRAWIRANEGARA

SJAFRUDDIN PRAWIRANEGARA (1911-1989), ahli politik dan Menteri Kewangan Indonesia.  Dia lahir pada 28 Februari 1911 di Anyer Kidul, Banten, Jawa Barat, Indonesia.  Ayahnya asisten wedana di Banten.  Dia hidup dalam keluarga yang taat beragama.  Dia mendapat pendidikan awal di Europeesche Lagare School (ELS) di Ngawi, Jawa Timur.  Setelah tamat dari Meer Uitgedreid Lager Onderruvijs (MULO), dia melanjutkan pelajaran ke Algemeene Middelbare School (AMS) di Bandung.  Pada tahun 1924, dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Tinggi Hukum di Jakarta.  Dia memperoleh Meester in de Rechten (Sarjana Hukum) pada bulan September 1929.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MARIANNE KATOPPO

MARIANNE KATOPPO (1943 -     ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 9 Jun 1943 di Monohon, Menado, Indonesia. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Dasar (SD) Makasar (1949–1950) dan di Jakarta (1950–1954). Dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Pertama (SMP) (1954–1957), Sekolah Menengah Atas (SMA) (1957–1960) dan Sekolah Tinggi Teologi di Jakarta (1960–1963) hingga lulus ijazah Sarjana Muda.

SASTERATokoh
SITI ZAINON ISMAIL

SITI ZAINON ISMAIL (1949 -     ), penulis, penyair dan pelukis.  Dia lahir pada 18 Disember 1949 di Gombak, Selangor.  Dia pernah menggunakan nama samaran Izan Baina.  Siti Zainon menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.  Dari tahun 1970 hingga tahun 1973, Siti Zainon melanjutkan pendidikannya di Sekolah Tinggi Seni Rupa (ASRI), Yogyakarta, Indonesia.

SASTERATokoh
THAHARUDDIN AHMAD

THAHARUDDIN AHMAD (1921 -      ), pengasas Gerakan Angkatan Melayu Muda Malaya (GERAM). Dia lahir pada 15 Februari 1921 di Barulak, Sumatera Barat, Indonesia. Dia menerima pendidikan awal di sekolah rendah, sebelum mempelajari Islam dan ekonomi di Moderne Islamietische Kweekschool (MIK), Darul Mu’alliminal ‘Ashriyah dan di Maktab Pendidikan Guru Islam Moden, Bukittinggi, Sumatera Barat. Di MIK, dia belajar selama empat tahun di tingkatan rendah aliran Arab, kemudian empat tahun lagi di tingkatan tinggi yang menggunakan aliran bahasa Arab dan Belanda. Setelah memperolehi Diploma Pendidikan Guru dan Ekonomi Rendah, dia bertugas sebagai guru di MIK hingga tahun 1939. semasa di sekolah tinggi, kesedaran politik antipejajah telah terbentuk hasil penglibatannya dalam gerakan pelajar di sana. Pada tahun 1940, Thaharuddin berhijrah ke Singapura dan menjadi guru di sebuah sekolah Arab, sebelum bertugas sebagai pengurus sebuah syarikat milik rakyat Indonesia hingga syarikat itu ditutup pada tahun 1941.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED NASIR ISMAIL, TUN

Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh

bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan

awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat,

Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di

Government English School, Batu Pahat dan lulus

Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah

menamatkan pelajaran pada peringkat menengah,

dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus

Penolong Nazir sekolah-sekolah.

UMUM 
RINGKASAN CETERA KELANTAN

RINGKASAN CETERA KELANTAN, sebuah karya sejarah negeri Kelantan. Teks ini disusun pada 4 Januari 1933 dan dicetak oleh The al-Asasiyah Press Co. Kelantan pada tahun 1934. Naskhah yang tersimpan di Perpustakaan Besar Universiti Malaya dicetak batu dengan menggunakan tulisan Jawi, berukuran 21 cm x 14.5 cm. Cetakan ini dibuat berdasarkan naskhah asal yang dikarang oleh Datuk Haji Nik Mahmud bin Ismail (Datuk Perdana Menteri Paduka Raja) yang telah diserahkan kepada Pejabat Pelajaran Kelantan. Ringkasan Cetera Kelantan ini ditulis berdasarkan tulisan peringatan Pak Wan Mahmud, Menteri Besar, yang ditulis pada tahun 1197 H. Naskhah ini adalah untuk kegunaan murid-murid darjah tinggi sekolah-sekolah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
1234

Kembali ke atas