Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[séks] | سيکس

Definisi : (séks) 1. sifat-sifat yg membezakan laki-laki dan perempuan, jantina; 2. keinginan syahwat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[séks] | سيکس

Definisi : /séks/ 1 jenis kelamin; jantina. 2 hal-hal mengenai perhubungan lelaki dgn perempuan; keinginan syahwat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seks


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
persetubuhancopulation/sexual intercoursePemindahan sperma dari organ seks jantan ke organ seks betina untuk mensenyawakan ovum.Menengah Rendah
hormon sekssex hormoneHormon yang mengawal ciri-ciri seksual. Pada manusia, hormon seks lelaki dihasilkan oleh testis, manakala hormon seks wanita dihasilkan oleh ovari.Menengah Rendah
seks heterogametheterogametic sexJantina spesies yang berbeza kandungan kromosom seksnya. Contohnya, manusia lelaki yang mempunyai kromosom seks X dan Y.Menengah Atas
pembiakan sekssexual reproductionPembiakan yang melibatkan penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot.Menengah Rendah
balighpubertyPeringkat permulaan kematangan seks yang berlaku pada manusia. Organ-organ pembiakan mula berfungsi dan terdapat beberapa perubahan fizikal dan emosi yang berlaku pada peringkat ini.Menengah Rendah
gonoreagonorrheaPenyakit yang disebarkan oleh perhubungan seks secara rambang oleh bakteria Neisseria gonorrhoeae.Menengah Atas
sindrom TurnerTurner syndromeSindrom pada manusia yang mempunyai kromosom seks XO. Individu yang terlibat berfenotip perempuan, tetapi lazimnya mandul.Menengah Atas
sindrom KlinefelterKlinefelter syndromeSindrom pada manusia yang mempunyai kromosom seks XXY. Individu yang terlibat berfenotip lelaki, tetapi mempunyai ciri keperempuanan serta mandul.Menengah Atas
ovariovary1. Organ pembiakan pada vertebrat betina yang menghasilkan ovum dan hormon seks.2. Bahagian pembiakan betina bunga yang mengandungi ovul.Menengah Rendah
testistestisOrgan pembiakan pada vertebrata jantan yang menghasilkan sperma dan juga hormon testosteron setelah mencapai kematangan seks.Menengah Atas
12

Kembali ke atas