Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sék.syen] | سيکشن

Definisi : (séksyen) 1. bahagian kecil drpd badan yg lebih besar (jabatan, kawasan, dll); 2. bahagian drpd karangan (undang-undang dll), fasal, ceraian; 3. bahagian drpd platun (tentera); 4. bahagian tertentu dlm sesuatu kawasan (bandar dsb): beliau tinggal di S~ 3, Bandar Baru Bangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sék.syen] | سيکشن

Definisi : /séksyen/ 1 bahagian kecil drpd sesuatu (pejabat, kawasan dll) yg lebih besar. 2 bahagian drpd sesuatu undang-undang dll; fasal. 3 pasukan tentera yg merupakan sebahagian drpd platun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seksyen (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan kawasan: zon, blok, daerah, cawangan,

2. Bersinonim dengan fasal: ceraian, bahagian,

3. Dalam konteks tentera
bersinonim dengan platun, unit, pihak, kumpulan, kelompok, puak, marga, sayap.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai untuk istilah 'Wet lab' dan pre-analytical'? kedua-dua istilah tersebut hendak digunakan untuk menamakan seksyen-seksyen kerja di dalam makmal perubatan (Wet lab section dan Pre-analytical section).Untuk makluman puan, belum ada istilah khusus untuk "wet lab" dan "pre-analytical". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah makmal basah dan praanalisis.  Oleh itu, nama bahagian yang dicadangkan ialah Bahagian Makmal Basah dan Bahagian Praanalisis.Istilah10.08.2012
Manakah yang betul: Seksyen Audit Dan PENsijilan atau Seksyen Audit Dan PERsijilan? Seksyen ini menjalankan kerja-kerja audit, meluluskan dan mengeluarkan sijil-sijil Skim Pensijilan Jabatan.

Salam sejatera,

Seksyen Audit dan Pensijilan.

Ejaan07.12.2012
Untuk makluman tuan saya ditugaskan di seksyen yang baru di jabatan kami. iaitu Seksyen Inspektorat. Tugas utama Seksyen ini adalah melaksanakan audit terhadap Pengurusan Rekod yang dilaksanakan di Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Saya mengalami masalah untuk memberi pengertian, makna dan perbezaan di antara: a. Isnpektorat b. Audit Apakah yang dimaksudkan dengan Inspektorat dan Audit ataupun pengauditan. Bolehkan tuan/puan memberi pandangan dari segi bahasa, istilah dan maksud bagi membolehkan kami melaksanakan tugas dan fungsi sesuai dengan yang dimaksudkan. Sekian, terima kasihMerujuk sumber rujukan kami padanan kata inspectorate dalam sumber rujukan kami ialah Jemaah Pemeriksa, melihat-lihat dengan teliti untuk mengetahui betul tidaknya; atau dalam konteks sekolah/pendidikan ialah Jemaah Nazir. Kata audit pula bermaksud pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (berkaitan dengan akaun), manakala pengauditan merujuk hal memeriksa dan mengesahkan sesuatu akaun. Berdasarkan makna yang tersebut seksyen puan menjalankan kerja pemeriksaan (bukan audit/pengauditan) seperti sebuah Badan/Jemaah Pemeriksa.Makna12.01.2011
Saya mohon bertanya cara tulis perkataan "seksyen" dalam akta tertentu dalam teks tesis, adakah bermula dengan huruf besar atau huruf kecil semua. Contoh: ..disebut dalam Seksyen 29 Akta Dagangan.. ..disebut dalam seksyen 29 Akta Dangan.. Terima kasihSeksyen 29 Akta Dagangan - huruf awal ditulis dengan huruf besar kerana Seksyen merupakan nama khas atau bahagian daripada tajuk perkara.
Ejaan23.10.2018
Jalam ME Seksyen 2/2Sila beri soalan yang jelas untuk kami memahami maksud tuan dan menjawab persoalan yang diutarakan. Terima kasih.Lain-lain27.03.2019
Assalamualaikum. Tuan, Jabatan kami ingin mewujudkan satu seksyen baharu. Ingin mendapatkan pandangan dari segi Bahasa Melayu yang betul/tepat: Group Operations Assurance Section = " SEKSYEN OPERASI ANSURANSI KUMPULAN" ? Pohon pandangan tuan. TkasihWaalaikumsalam,

Cadangan padanan kami bagi soalan yang dikemukan oleh pihak tuan ialah Bahagian Jaminan Kumpulan Operasi atau Seksyen Jaminan Kumpulan Operasi. Frasa mengikut konteks dan penggunaanya.
Makna12.05.2020
Satu seksyen dalam laporan projek perlu ditulis tajuk seksyen itu ialah "A Way Forward". apakah terjemahan yang sesuai dalam Bahasa Melayu. Terima kasihCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa a way forward ialah cara terkedepan.Penyemakan dan penterjemahan26.01.2024
Minta bantuan untuk terjemahan ke bahasa Malaysia untuk nama seksyen di bawah. Technology Risk & Analytics section Terima kasih.Padanan terjemahan yang kami cadangkan ialah Seksyen Risiko Teknologi dan AnalisisPenyemakan dan penterjemahan04.01.2019
Apakah kata paling sesuai dan tepat untuk perkataan zoonotik dalam penggunaan sebagai Kata Nama? Seksyen Zoonotik & Kesihatan Awam Veterinar atau Seksyen Zoonosis & Kesihatan Awam Veterinar. Saya memohon penjelasan pihak tuan mengenai kata zoonosis dan zoonotik; kata nama atau kata adjektif atau selainnya. Sekian, terima kasih. Dr. Muhammad Nazri bin Khairuddin Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Pembentukan kata atau istilah yang betul ialah Zoonosis yang bermaksud penyakit haiwan yang boleh menular kepada manusia seperti penyakit anjing gila.

Istilah05.02.2010
Boleh ke ditukarkan ayat "Lain-lain keistimewaan bagi orang-orang di bawah seksyen 2,3,4,5 dan 6". kepada "Keistimewaan lain bagi individu di bawah seksyen 2,3,4,5 dan 6".

Puan Azia, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Ayat yang Puan berikan tidak boleh ditukarkan kerana ayat pertama membawa maksud yang berlainan sama sekali dengan ayat kedua. Terima kasih

Makna07.09.2009
12345678

Kembali ke atas