Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sék.syen] | سيکشن

Definisi : (séksyen) 1. bahagian kecil drpd badan yg lebih besar (jabatan, kawasan, dll); 2. bahagian drpd karangan (undang-undang dll), fasal, ceraian; 3. bahagian drpd platun (tentera); 4. bahagian tertentu dlm sesuatu kawasan (bandar dsb): beliau tinggal di S~ 3, Bandar Baru Bangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sék.syen] | سيکشن

Definisi : /séksyen/ 1 bahagian kecil drpd sesuatu (pejabat, kawasan dll) yg lebih besar. 2 bahagian drpd sesuatu undang-undang dll; fasal. 3 pasukan tentera yg merupakan sebahagian drpd platun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seksyen (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan kawasan: zon, blok, daerah, cawangan,

2. Bersinonim dengan fasal: ceraian, bahagian,

3. Dalam konteks tentera
bersinonim dengan platun, unit, pihak, kumpulan, kelompok, puak, marga, sayap.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RESOLUSI KUASA PERANG

Resolusi Kuasa Perang ialah undang-undang

Amerika Syarikat yang digubal untuk mengimbangi

kuasa ketenteraan presiden dan Kongres. Undang-

undang ini diluluskan pada tahun 1973, dan lebih

dikenali sebagai Akta Kuasa Perang. Menurut

Seksyen 4(a)(1) resolusi ini, presiden mesti

memaklumkan kepada Kongres dalam tempoh 48

jam sekiranya tentera Amerika Syarikat hendak

dihantar ke kawasan musuh tanpa pengisytiharan

perang. Di samping itu, tentera tersebut tidak

boleh berada di kawasan tersebut lebih daripada

90 hari melainkan Kongres meluluskan tindakan

presiden itu atau mengisytiharkan perang.

UMUM 
DENAI OREGON

Denai Oregon merupakan jalan darat yang

terpanjang dan terbesar yang digunakan dalam

perluasan wilayah ke arah barat Amerika

Syarikat. Jalan ini berliku-liku sepanjang 3200

kilometer melalui prairi dan gurun dan merentasi

pergunungan dari Independence, Missouri, ke

Barat Laut Pasifik. Malah pada hari ini, pelawat

masih boleh melihat lekuk-lekuk bekas laluan roda

kereta kuda di sepanjang seksyen denai.

UMUM 
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG, sebuah badan berkanun di bawah pengawasan Kementerian Pertanian. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah ditubuhkan pada 14 Februari 1973 sebagai badan berkanun persekutuan menerusi akta yang diluluskan iaitu yang dikenal sebagai Akta Pertubuhan Peladang 1973. Di bawah Seksyen 4 Akta ini, dijelaskan tujuan penubuhan LPP iaitu:

BUDAYAInstitusi/Organisasi
SENOI PRAAQ

SENOI PRAAQ, satu pasukan bantuan dalam Pasukan Polis Hutan (PPH).  Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1956 untuk  menghadapi ancaman komunis terhadap masyarakat Orang Asli.  Senoi Praaq bermakna Orang Perang atau Orang lawan Orang Asli.  Sejarah penubuhan pasukan ini bermula pada masa Darurat (1948-1960), ketika komunis menghasut masyarakat Orang Asli supaya menyertai perjuangan mereka menentang kerajaan.  Pengganas komunis telah memperalatkan Orang Asli untuk mendapatkan bekalan makanan dan memberikan maklumat tentang pergerakan pasukan keselamatan.  Untuk menjaga kepentingan masyarakat Orang Asli, pihak British menubuhkan satu unit Praaq pada bulan Mei 1956.  Pasukan tersebut diketuai oleh Lt. Kol. R.O.D. Noore, penasihat Orang Asli di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).  Pasukan ini diberi latihan senjata api dan taktik berperang oleh Rejimen 22, Special Air Service (SAS).  Kumpulan pertama pasukan ini terdiri daripada 40 orang yang dibahagikan kepada empat seksyen, iaitu 10 orang setiap seksyen.  Sebahagian besar anggota terdiri daripada bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang kembali menyokong kerajaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas