group shot | tangkap kumpulan | Komunikasi | Tiada | Tangkapan yang memperlihatkan sekumpulan manusia. |
displacement | penyesaran | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan mendesak sekumpulan manusia supaya beralih dari sesuatu tempat. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, penyesaran secara paksa bermaksud perbuatan mengusir atau memindahkan penduduk dengan cara kekerasan, dan keduaduanya merupakan perbuatan jenayah terhadap kemanusiaan. Penyesaran terhadap sesuatu kumpulan yang dilindungi merupakan niat khusus bagi jenayah kemanusiaan yang dikenali sebagai pembersihan etnik. Lihat juga pembersihan etnik. |
phylogeny and ontogeny | filogeni dan ontogeni | Perubatan | Tiada | Perkembangan serta pertumbuhan sekumpulan manusia atau binatang dan riwayat perkembangan individu. |
clustering analysis | analisis kluster | Psikologi | Psikologi Umum | Teknik yang melibatkan pembentukan beberapa kluster dalam satu jadual korelasi matriks. Contohnya, individu, sekumpulan manusia atau item tertentu diletakkan dalam kumpulan tertentu yang dinamai kluster, kemudian perbandingan dilakukan sama ada individu atau kumpulan tertentu tergolong dalam ciri kluster yang sama, atau berbeza dengan yang lain. |
case study method | kaedah kajian kes | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah penyelidikan yang melibatkan kajian secara mendalam terhadap sesuatu kes, individu atau sekumpulan manusia. Metode ini biasanya digunakan secara meluas dalam bidang psikologi klinikal dan beberapa cabang psikologi lain. Contohnya, kajian tentang masyarakat Sabah yang memakan ulat sagu. |
colony | tanah jajahan; koloni | Sejarah | Tiada | jajahan: Tanah yang dijajah oleh kuasa yang lebih kuat dan diperintah berdasarkan sistem pemerintahan penjajah.,2. Sekumpulan manusia yang mendiami kawasan baru, jauh dari negara asal tetapi masih mempunyai hubungan dengan negara ibundanya. |
inhuman treatment | perlakuan tak berperikemanusiaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan, yang diberikan terhadap manusia seolah-olah orang tersebut bukan manusia, seperti memukul manusia seperti memukul haiwan, menggiring sekumpulan manusia seperti menggiring sekumpulan haiwan, memakan daging manusia, menyeret mayat, atau melayan manusia seperti zat yang tidak mempunyai bahasa, akal atau kefahaman. Contoh lain ialah menghalang seseorang daripada tidur atau membuang air kecil, atau menghalang seseorang daripada menikmati cahaya waktu siang atau menghalang seseorang daripada bertemankan seseorang yang lain. |
degrading treatment | perlakuan merendahkan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau psikologi, perbuatan atau peninggalan yang bertentangan dengan nilai kehormatan dan maruah manusia. Tindakan melayan manusia seolaholah seekor haiwan, contohnya memukul manusia seperti memukul haiwan, menggiring sekumpulan manusia seperti menggiring sekumpulan haiwan, memakan daging manusia, menyeret mayat atau melayan manusia seperti zat yang tidak mempunyai bahasa, akal atau kefahaman. Perlakuan merendahkan juga termasuklah penderaan seksual. |
deportation | pengusiran | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan mengarahkan individu atau kumpulan keluar dari sesebuah negara dan kembali ke negara asalnya. Contohnya, dalam isu kebanjiran pendatang asing di Malaysia, antara langkah yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah dengan mengumpulkan mereka di kem tahanan sementara sebelum dihantar pulang ke negara asal. Dalam konteks ini, langkah pengusiran seperti ini tidak bersalahan dengan undangundang sesebuah negara. Walau bagaimanapun, pengusiran juga boleh berlaku dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa. Pengusiran merupakan perbuatan memaksa dengan kekerasan sekumpulan manusia supaya beralih keluar merentasi sempadan negara dari tempat tinggal yang sah tanpa alasan yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa. Pengusiran seperti ini adalah salah satu perbuatan jenayah terhadap kemanusiaan. |
underground film | filem bawah tanah | Komunikasi | Tiada | Filem yang bertentangan dengan konsep filem arus perdana. Filem ini bersifat percubaan,subversif, bohemian dan hanya menarik minat sekumpulan kecil manusia sahaja. Genre filem ini berasal dari Eropah dan wujud di sekitar tahun 1950-an hingga 70-an. sinema bebas. |