Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sél] | سيل

Definisi : (sél) 1. (Bio) unit terkecil sesuatu organisma yg terdiri drpd nukleus dan sitoplasma yg dikelilingi membran sel; 2. bilik kecil dan sempit tempat mengurung orang salah di penjara; 3. (Fiz) bahagian (pd bateri) yg diisi bahan-bahan kimia utk mengeluarkan tenaga elektrik; ~ elektrik = ~ elektrokimia sel yg digunakan utk menghasilkan tenaga elektrik atau utk melakukan elektrolisis (terdiri drpd dua elek­trod yg terendam dlm elektrolit); ~ elektrolisis sel yg menggunakan tenaga elektrik arus terus utk menguraikan elektrolit; ~ fotoelektrik peranti yg menghasilkan kesan elektrik apabila terdedah pd cahaya; ~ kering bateri; ~ piawai sel primer yg voltannya diketahui dengan tepat; ~ primer sel yg menghasilkan arus elektrik melalui tindak balas elektrokimia yg tidak berbalik (tidak dapat dicas semula); ~ sekunder sel yg menghasilkan arus elektrik melalui tindak balas elektrokimia yg berbalik (dapat dicaskan semula); ~ suria sj sel elektrik yg menukarkan tenaga suria kpd tenaga elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sél] | سيل

Definisi : /sél/ 1 ist bahagian yg seni pd sesuatu benda hidup yg berisi protoplasma dan nukleus: ~ darah. 2 bilik kecil di penjara. 3 ist alat yg dpt menukarkan tenaga kimia kpd tenaga elektrik (biasanya terdiri drpd bekas yg terdapat dua elektrod terendam dlm elektrolit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pusnanahPerubatanTiadaCecair pekat berwarna putih kekuningan yang terdapat pada bisul atau luka, terdiri daripada sel-sel, sel darah putih dan mikroorganisma yang telah mati.
haemopoietichemopoiesisPerubatanTiada1. Berkaitan atau mengakibatkan pembentukan sel-sel darah.,2. Agen yang menggalakkan pembentukan sel-sel darah.
antineoplasticantinepolastikPerubatanTiada1. Mencegah pertumbuhan, perkembangan atau percambahan sel-sel malignan. 2. Agen yang mencegah pertumbuhan, perkembangan atau percambahan sel-sel malignan. 3. Drug yang digunakan untuk merawat kanser atau neoplasma.
adamantinomaadamantinomaPerubatanTiadaTumor odontogenik, mempunyai sel-sel bersifat sel organ enamel tetapi tanpa pembentukan enamel. Sinonim: ameloblastoma.
histogenesishistogenesisPerubatanTiadaPembezaan sel-sel dan hasil sel menjadi tisu lengkap yang matang. Sinonim: histogeni.
basal laminalamina basalPerubatanTiadaLapisan nipis protein seperti kolagen yang dirembes oleh sel epitelium dan sel-sel lain.
prickle cell layerlapisan sel prikelPerubatanTiadaLapisan sel pada epidermis yang selnya mempunyai unjuran-unjuran halus yang berhubungan dengan sel-sel yang sama.
haemagglutinationpenghemaglutinatanPerubatanTiadaPembekuan sel-sel darah merah disebabkan oleh sesuatu antibodi yang khusus atau oleh virus.
monsoon sourcepunca monsunGeografiTiadaSel-sel sistem tekanan tinggi yang terbentuk di Hemisfera Utara dan Selatan mewujudkan gradien tekanan menyebabkan aliran angin permukaan.
insulomainsulomaPerubatanTiadaTumor pada sel-sel beta pepulau Langerhans.
12345678910...

Kembali ke atas