Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sindrom kurang daya tahan penyakitAIDSPenyakit yang disebabkan oleh virus imunodefisiensi manusia (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam badan seseorang tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit.Menengah Rendah
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS)Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS)Sindrom pada manusia yang disebabkan oleh virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit.Menengah Atas
antibodiantibodyProtein yang dihasilkan oleh sel darah putih (limfosit) sebagai gerak balas terhadap antigen yang dihasilkan oleh patogen yang menyerang badan.Menengah Atas
sel darah putihwhite blood cellSel darah yang berfungsi melawan penyakit dengan cara menghapuskan mikroorganisma dalam badan. Sel ini tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi mengandungi nukleus.Menengah Rendah
limfositlymphocyteSel darah putih yang kecil, mempunyai satu nukleus, tidak bersifat fagosit, dan menghasilkan antibodi. Limfosit dihasilkan oleh tisu limfa, dan terdapat dalam darah dan limfa.Menengah Atas
monositmonocytesSel darah putih yang mempunyai satu nukleus yang besar dan berbentuk seperti ginjal. Monosit bersifat fagosit yang dapat memusnahkan bakteria dan benda asing yang masuk ke dalam sistem peredaran darah.Menengah Atas
leukemialeukaemiaSejenis penyakit kanser darah yang disebabkan peningkatan jumlah sel darah putih yang tidak normal. Penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan pada darah, sumsum tulang dan limfa.Menengah Rendah

Kembali ke atas