Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.lu] | سلالو

Definisi : 1. sentiasa, selamanya, sepanjang masa: sayur-sayurnya ~ dijual ke bandar; 2. kerap benar, acap kali: ibunya ~ sahaja sakit; menyelalukan menjadikan (melakukan) se-lalu, membiasakan: hendaklah dibiasakan dan diselalukan membaca buku; keselaluan keadaan selalu, keseringan, ke-kerapan: ~ itu menyebabkan tumpuan pd pekerjaan tidak berjalan lancar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : Mn seluruh, semua; ~ hari sepanjang hari; hitam ~ hitam seluruhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : terus, langsung: maka menteri itu pun menangkap ~ budak-budak itu lalu dibawa balik ke negerinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : 1 tidak henti-henti; sentiasa ada; sepanjang masa: Ketika berada di Jerman dahulu, saya ~ teringat akan ayah dan ibu. 2 kerap kali; acap kali: Saya memang ~ datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selalu

Puisi
 

Hujan lebat selalu bah,
     Bunyi berdentum tali temali;
Hendak balik serba salah,
     Baik kulangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Bermaksud :

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(123)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tidal marshrawang pasang surutSains MarinTiadaRawa yang mempunyai jumlah kandungan air yang selalu berubah-ubah disebabkan oleh pengaruh pasang surut air laut. Air selalu berganti dalam beberapa waktu mengakibatkan keadaan air menjadi tidak terlalu masin sehingga beberapa spesies fauna dan flora mampu beradaptasi dalam lingkungan ini.
tornadoputing beliungSainsHidrometeorologiTurus putaran udara yang kencang, berjuntai dari awan kumulonimbus dan hampir selalu kelihatan seperti awan corong atau tuba. pada skala tempatan tornado merupakan fenomena atmosfera yang paling membinasakan. Vorteksnya yang bergaris pusat melebihi 100 meter, berputar dengan kelajuan angin antara 150 � 500 km/j. Arah gerakan umum tornado dikawal oleh gerakan awan induk. Tornado terjadi di semua benua tetapi yang selalu berlaku ialah di Australia dan Amerika Syarikat dengan purata kejadian antara 140 � 150 setahun. Tornado terjadi sepanjang tahun dan sebarang masa dalam sehari, tetapi paling kerap semasa musim bunga pada tengah hari dan petang. Perbezaan kadang kala dibuat antara tornado siklon yang berlaku dalam peredaran siklon induk yang telah mantap terbentuk dan tornado olakan, iaitu tornado yang terjadi dengan cara lain.
tornadotornadoMeteorologiMeteorologi PerhubunganTurus putaran udara yang kencang, berjuntai dari awan kumulonimbus dan hampir selalu kelihatan seperti awan corong atau tuba. pada skala tempatan tornado merupakan fenomena atmosfera yang paling membinasakan. Vorteksnya yang bergaris pusat melebihi 100 m, berputar dengan kelajuan angin antara 150 km/j hingga 500 km/j. Arah gerakan umum tornado dikawal oleh gerakan awan induk. Tornado terjadi disemua benua tetapi yang selalu berlaku ialah di Australia dan Amerika Syarikat dengan purata kejadian antara 140 hingga 150 setahun. Tornado terjadi sepanjang tahun dan sebarang masa dalam sehari, tetapi paling kerap semasa musim bunga pada tengah hari dan petang.
degree of combined leveragedarjah umpil selaluPentadbiranTiada1. Darjah yang menunjukkan perubahan peratusan dalam pendapatan bersih yang disebabkan perubahan jualan. 2. Darjah keumpilan disebabkan adanya kos tetap kendalian dan kos kewangan. Sinonim: degree of total leverage
scepticismkewahamanKesusasteraanTiadaFahaman yang selalu mencurigai tentang kebenaran sesuatu teori dan sebagainya.
escapisteskapisKesusasteraanTiadaOrang yang selalu mengelak kenyataan atau kebiasaan.
erythermalgiaeritermalgiaPerubatanTiadaPenyakit yang selalu menyerang bahagian kaki dan juga tangan, dan ditandai dengan paroksimal, rasa panas, suhu kulit yang tinggi dan kemerahan.
amyl acetateamil asetatKimiaTiadayang selalu digunakan sebagai esen perasa buah-buahan.
antelionantelionMatematikTiadaHalo yang tidak selalu kelihatan, yang berbentuk seperti tompok putih yang berkilauan bersetentang dengan matahari pada altitud yang sama di atas ufuk yang sama seperti matahari.
countersunantelionMatematikTiadaHalo yang tidak selalu kelihatan yang berbentuk seperti tompok putih yang berkilauan bersetentang dengan matahari pada altitud yang sama di atas ufuk yang sama seperti matahari. Sinonim: antelion.
12345678910...

Kembali ke atas