Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.mat] | سلامت

Definisi : 1. terpelihara atau terhindar drpd bencana, terlepas drpd bahaya: tidak ~ berdiri tegak di dlm perahu yg kecil; ~ dr nahas jalan raya; 2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan: si kecil berasa ~ di dlm pelukan ibunya; 3. ucapan atau doa dgn harapan supaya sejahtera (terhindar drpd segala bencana, sampai hajat, dll) atau sbg tanda bersyukur: ketiga-tiga ratu itu pun me-nyuruh penggawanya membawa per­sembah dan memberi ~ akan baginda sesudah ber-putera; doa ~; kenduri ~; 4. harapan supaya aman sentosa (sejahtera dll) yg diucapkan sbg tegur sapa (salam): ~ datang; ~ jalan; ~ malam dll; berselamat mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya; menyelamati ark mengadakan kenduri utk; menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimat­kan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. menge­bumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; terselamat terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia per­hamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; selamatan kenduri utk mendapat selamat: tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya; berselamatan 1. mengadakan kenduri (sela­matan); 2. ark saling mengucap selamat; keselamatan perihal selamat, kesejah­teraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; penyelamatan perbuatan (usaha dsb) me­nye­­lamatkan; penyelamat orang yg menyelamatkan: se-karang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.mat] | سلامت

Definisi : 1 terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gang­guan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi. 2 ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang apa-apa, tidak terjadi sesuatu yg tidak baik, atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu, banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. menyelamatkan mengusahakan su­paya selamat; menjauhkan bencana atau bahaya: Mereka lari lintang-pukang kerana hendak ~ diri. keselamatan keadaan selamat; keamanan: Pasukan polis menjaga ~ dlm negara. penyelamat orang yg menyelamatkan (seseorang atau sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selamat

Puisi
 

Kalau tumbuh lalang di Bucut,
     Tempat selamat bermain pedang;
Kalau sungguh janji tak lucut,
     Bagi alamat saya nak pegang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kalau pandai meniti buih,
     selamat badan sampai ke seberang.

Bermaksud :

Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
goodgreetings) selamat: have a ~ trip, selamat jalan; ~ morning, selamat pagi; 18. (as form of praise) bagus: ~ old John!, bagus, John!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
season compliments of the ~, S~’s greetings, selamat Hari Krismas dan selamat Tahun Baru;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
welcomeinterj selamat datang: W~ to Malaysia, Selamat Datang ke Malaysia; ~ /home, back/, selamat /pulang, kembali/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adieun 1. (said by so. who is leaving) selamat tinggal: make o’s ~s, mengucapkan selamat tinggal; 2. (said to so. who is leaving) selamat jalan: he bade his guests ~, dia mengucapkan selamat jalan kpd tetamu-tetamunya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
safety2. safe place, tempat yg selamat; (when the place is specified) yg selamat: those who were trapped in the burning hotel were dragged to ~, mangsa-mangsa yg terperangkap dlm hotel yg sedang terbakar itu diheret ke tempat yg selamat; after drifting for hours in the open sea, we reached the ~ of the coast, selepas hanyut berjam-jam di laut lepas, kami sampai ke pantai yg selamat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unsafeadj 1. not safe, exposed to danger, tdk selamat: the bridge was declared to be ~, jambatan itu diumumkan sbg tdk selamat; he felt very ~ riding the motorbike, dia berasa tdk selamat menunggang motorsikal; it would be ~ for you to go into a factory site without a helmet, memang tdk selamat bagi kamu utk masuk ke kawasan kilang tanpa memakai topi keledar; 2. capable of being turned around, questioned, boleh /dipertikaikan, dipersoalkan/: the argument is based on ~ facts, hujah itu berdasarkan fakta-fakta yg boleh dipertikaikan; the judge felt that the jury’s verdict was ~, hakim berasa bahawa keputusan juri itu boleh dipertikaikan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
safe2. not likely to cause danger or harm, selamat: the doctor pronounced the water ~ for drinking, doktor telah mengumumkan bahawa air itu selamat utk diminum; the bridge is no longer ~ for traffic, jambatan itu tdk lagi selamat utk lalu lintas; it is not ~ to drive at such high speed, adalah tdk selamat utk memandu begitu laju;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
secure3. free from danger or loss, selamat: in the fort they were ~ from attack, dgn berada di dlm kubu itu mereka selamat drpd serangan; he could not rest until the money was ~ in the bank, dia berasa tdk tenang sehingga wang itu selamat disimpan di dlm bank; here, we are ~ from interruption, di sini kita selamat drpd diganggu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tuck~ st away, a. store st in a safe place, (act.) menyimpan [sst] dgn selamat; (pass.) tersimpan dgn selamat: she found the letter ~ed away at the back of the drawer, dia menjumpai surat itu tersimpan dgn selamat di bahagian belakang laci; I have some money ~ed away in a bank, saya ada wang sedikit yg tersimpan dgn selamat dlm bank; b. (colloq) eat a lot of (food), menghabiskan: he can ~ away a whole chicken at one meal, dia boleh menghabiskan seekor ayam sekali makan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
safeadj 1.secure from danger, harm, etc, selamat: we are ~ from attack here, kita selamat drpd serangan di sini; she never feels ~ unless all the doors are locked, dia tdk akan berasa selamat kecuali semua pintu telah dikunci;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas