Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selamat datang


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
marhabanAr 1. selamat datang; 2. puji-pujian yg dilagukan utk memuji-muji Nabi (pd pe­rayaan Maulidur Rasul dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
ahlan= ~wasahlan Ar selamat datang.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersampanmenaiki sampan: maka pergilah Bujang Selamat ~ datang ke tongkang;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengaturkan1. menyampaikan, memper­sembahkan, memberi: ~ surat kpd menyam­paikan surat kpd; 2. mengucapkan, menga­takan: ~ selamat datang.Kamus Dewan Edisi Keempat
atur III; Jw mengaturi ark memberi kpd, menyilakan supaya; mengaturkan 1. menyampaikan, memper­sembahkan, memberi: ~ surat kpd menyam­paikan surat kpd; 2. mengucapkan, menga­takan: ~ selamat datang.Kamus Dewan Edisi Keempat
sampansj perahu kecil; ~ kolek sj sampan yg tidak memakai layar; ~ kotak sampan yg mem-punyai petak-petak; ~ ludang (se­ludang) sampan yg bentuknya spt seludang (mancung); ~ payang sj sampan yg bersama perahu besar dipakai utk meregangkan jaring; ~ ada pengayuh tidak prb kekurangan syarat utk melakukan sesuatu; ada ~ hendak bere-nang prb ada perkara yg senang tetapi sengaja hendak bersusah payah; air besar, ~ tak hanyut prb harapan yg tidak dapat dipenuhi; bersampan menaiki sampan: maka pergilah Bujang Selamat ~ datang ke tongkang; bersampan-sampan bersuka ria dgn menaiki sampan.Kamus Dewan Edisi Keempat
selamat1. terpelihara atau terhindar drpd bencana, terlepas drpd bahaya: tidak ~ berdiri tegak di dlm perahu yg kecil; ~ dr nahas jalan raya; 2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan: si kecil berasa ~ di dlm pelukan ibunya; 3. ucapan atau doa dgn harapan supaya sejahtera (terhindar drpd segala bencana, sampai hajat, dll) atau sbg tanda bersyukur: ketiga-tiga ratu itu pun me-nyuruh penggawanya membawa per­sembah dan memberi ~ akan baginda sesudah ber-putera; doa ~; kenduri ~; 4. harapan supaya aman sentosa (sejahtera dll) yg diucapkan sbg tegur sapa (salam): ~ datang; ~ jalan; ~ malam dll; berselamat mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya; menyelamati ark mengadakan kenduri utk; menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimat­kan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. menge­bumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; terselamat terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia per­hamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; selamatan kenduri utk mendapat selamat: tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya; berselamatan 1. mengadakan kenduri (sela­matan); 2. ark saling mengucap selamat; keselamatan perihal selamat, kesejah­teraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; penyelamatan perbuatan (usaha dsb) me­nye­­lamatkan; penyelamat orang yg menyelamatkan: se-karang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak.Kamus Dewan Edisi Keempat
resepsi(resépsi) IB majlis perjamuan yg di­adakan utk menerima tetamu (yg datang utk mengucapkan selamat dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menolak1. mendorong, menyorong: mereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; 2. mencegah (bahaya dll), mengelakkan atau menangkis (serangan dll), menangkal (penyakit dll): ~ serangan musuh; ~ bencana bah; 3. tidak mahu mene­rima (meluluskan, mengabulkan, membenar­kan), tidak membenarkan (pendapat), me­nam­pik: pinangannya ditolak orang; rezeki jangan ditolak; pendirianmu itu saya tolak keras; mazhab purisme bahasa memper­lihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 4. = menolakkan menghalau, mengusir: isterinya ditolak dr rumahnya; 5. mengurangi, mem­buang, memotong: ia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja drpd gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
ucapapa yg dilafazkan, bunyi lafaz, sebutan kata, ujar; ~ jasa kenyataan rasmi tentang jasa atau khidmat seseorang: Encik Arthur Tanner, dr Royal College of Surgeons, Ireland, membaca ~ jasa dlm majlis itu; ~ selamat kata-kata yg disampaikan sbg mendoakan supaya selamat (utk menyatakan tahniah); ~ habis, niat sampai prb hasil yg diperoleh (dicapai) dgn segera (dilaksanakan sesuatu selepas dikatakan); berucap 1. mengeluarkan kata-kata, berkata, bercakap di hadapan orang ramai; 2. ber-syarah, berpidato: beliau akan tiba esok dan ~ dlm satu rapat raksasa di padang Istana Maziah; mengucap 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melain-kan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang se-orang yg tidak dikenali dan ~ salam pada-nya; kotor spt babi, adalah satu perum-pamaan yg diucapkan orang; 3. = meng-ucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan, melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato; 5. = meng-ucapkan melahirkan perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ; mengucapi sl menyebutkan (melaungkan, me-manggil) nama orang; terucapkan dapat diucapkan; ucapan 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peri-bahasa, simpulan bahasa, ungkapan; pengucapan perihal mengucap (mengucap-kan), pelahiran: ~ dua kalimah syahadah; kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyair-nya; ~ mantera sakti; pengucap orang yg berucap: ~nya benar-benar mengetahui apa yg dikehendaki.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas