Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Ramadan! Soalan saya ialah, yang mana satu betul; Selamat Hari Raya (nama seseorang) / selamat hari raya (nama) / selamat Hari Raya (nama)? Sekian, terima kasih!Selamat Hari Raya betulLain-lain12.05.2020
Yang mana satu betul untuk maklumkan kepada orang ramai: 1.Selamat Hari Raya Idul Adha 2.Selamat Hari Raya Aidiladha 3. Selamat Hari Raya Eidul’ AdhaEjaan yang betul ialah Selamat Hari Raya Aidiladha.Ejaan25.09.2012
Salam, nak tanya... Selamat Hari Raya Aidiladha atau selamat hari raya Aidiladha ya?Penggunaan huruf yang betul ialah: Selamat Hari Raya Aidiladha Ejaan04.08.2023
Salam sejahtera, adakah ucapan hari perayaan dieja seperti "Selamat Hari Raya", "Selamat Hari Deepavali" dan sebagainya? Adakah "Selamat hari jadi" boleh dieja sebegitu?"Selamat Hari Raya" dan "Selamat Hari Deepavali" ialah ungkapan khusus bagi perayaan dan lazimnya merupakan gabungan dengan kata nama khas, seperti Deepavali dan Hari Raya (Aidilfitri), manakala "Selamat hari jadi" ialah ungkapan umum sama seperti "Selamat pagi".Tatabahasa08.04.2023
minta pembetulan ayat ini 1. " SELAMAT HARI RAYA EIDILFITRI" 2. " JANGAN BIARKAN KUASA PENGARUHI NAFSU"Jawapan yang betul ialah 1. " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" 2. " JANGAN BIARKAN KUASA DIPENGARUHI NAFSU"Lain-lain30.09.2010
Penggunaan kata pada sampul duit raya. Selamat Hari Raya atau Selamat Menyambut Hari RayaKedua-dua frasa "Selamat Hari Raya" dan "Selamat Menyambut Hari Raya" boleh digunakan pada sampul duit raya.  Tatabahasa25.03.2024
Ini bukan soalan...hanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN pada semua warga kerja DBP...terima kasih yg tidak terhingga kerana banyak membantu selama ini...Balik kampung tu, berhati-hatilah..Semoga selamat sampai ke destinasi, pergi dan balik...Terima kasih. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54.Lain-lain26.08.2011
"Selamat Hari Raya! Saya ingin bertanya : 1. cuti semester atau Cuti Semester? 2. cuti pertengahan penggal atau Cuti Pertengahan Penggal?"1. cuti semester 2. cuti pertengahan penggalEjaan19.08.2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga DBP! Penggunaan kata "alih" dan "beralih" I Pusat pentadbiran syarikat PMSE telah beralih ke Kota Damansara. II Perbualan mereka beralih ke perkara yang lain. III Zaki alih-alih ke tempat yang lebih teduh. IV Encik Mokhtar bekerja sebagai alih bahasa. Ayat yang manakah betul? Terima kasihAyat pertama dan kedua adalah betul.Tatabahasa08.08.2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Kata adjektif yang tepat 1. Ketika berasa di tempat yang sejuk, tubuhnya ________. 2. Hatinya kembali _______ apabila mendapat tawaran pekerjaan di kilang itu. 3. Badannya berbau _____ selepas mengeluarkan peluh yang banyak. Terima kasih.1. Ketika berasa di tempat yang sejuk, tubuhnya ____menggigil____.
2. Hatinya kembali ____lega___ apabila mendapat tawaran pekerjaan di kilang itu.
3. Badannya berbau ___hangit__ selepas mengeluarkan peluh yang banyak.
Tatabahasa19.08.2012
123

Kembali ke atas