Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza selamat jalan dan selamat tinggal? Kedua-dua frasa membawa maksud yang sama.Makna13.09.2017
Saya ingin menanyakan tentang terjemahan "Goodbye". Dalam bahasa Inggeris, "goodbye" boleh digunakan kedua-duanya OLEH dan KEPADA orang yang pergi. Bagaimana pula dalam Bahasa Malaysia? Bolehkah "Selamat tinggal" digunakan oleh kedua-duanya? Atau "Selamat jalan" khusus kepada orang yang pergi, dan "Selamat tinggal" oleh orang yang pergi? Contoh: Ayah ke kerja, meninggalkan anaknya di rumah. Anak: Selamat jalan, ayah. Ayah: Selamat tinggal. Atau kedua-dua mereka boleh menggunakan "Selamat tinggal"?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'goodbye' ialah selamat jalan atau selamat tinggal. Maka kedua-dua frasa ini boleh digunakan.Makna20.09.2021
Bagaimana hendak menterjemah ucapan "bye" di penghujung perbualan telefon?Bye-bye dalam penghujung perbualan telefon boleh diterjemahkan kepada perkataan lain yang sepadan dengan budaya kita, seperti selamat tinggal , selamat jalan atau mengakhirinya dengan ucapan salam.Penyemakan dan penterjemahan05.04.2015
Adakah perkataan bai atau bai-bai untuk terjemahkan bye atau goodbye betul dari segi terminologi bahasa melayu? Atau hanya selamat tinggal saja yang tepat?Padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah "Selamat tinggal" atau "selamat jalan". Tatabahasa21.04.2022
1. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat dengan jelas pejalan kaki. 2. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas. Minta penjelasan ayat 1 atau 2 betul, atau kedua-duanya? Terima kasih.Ayat yang betul ialah “Melintas di jalan yang berselekoh tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas”.Tatabahasa30.01.2024
apakah maksud perkataan 'selamat'Antara makna selamat ialah 10ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. 2. terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gangguan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi.Makna09.08.2010
JKJR akan mengadakan kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina. Tema yang ingin digunakan "Berhemah Dalam Perjalanan, Selamat Ke Destinasi". Soalannya betul atau salah dari segi tatabahasanya. Soalan kedua, JKJR akan mencetak risalah keselamatan jalan raya untuk diedarkan kepada pengguna jalan raya. Boleh atau tidak risalah tersebut dicetak secara dwibahasa. (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)Pada pandangan kami, perkataan "Berhemah" tidak sesuai dalam konteks ini. Perkataan yang lebih sesuai ialah Berhati-hati . perkataan "Berhemah" lebih sesuai digunakan dalam konteks memandu, contohnya Berhemah Semasa Memandu. Oleh itu, tema yang dicadangkan ialah Berhati-hati dalam Perjalanan, Selamat ke Destinasi atau BERHATI-HATI DALAM PERJALANAN, SELAMAT KE DESTINASI. Sekiranya tidak menggunakan huruf besar untuk keseluruhan tema tersebut, perkataan "dalam" dan "ke" perlu ditulis dengan huruf kecil kerana kedua-dua perkataan ini ialah kata hubung. DBP tiada halangan sekiranya risalah tersebut dibuat dalam dwibahasa. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu hendaklah diutamakan, iaitu bahasa Melayu didahulukan kemudian diikuti oleh bahasa Inggeris.
Tatabahasa29.12.2015
Selamat Sejahtera, Memohon jasa baik pihak DBP menyemak penggunaan alamat seperti di bawah. Perodua KL Main, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur Cadangan kami: 1. Perodua Cawangan Kuala Lumpur 2. Perodua Kuala Lumpur 3. Perodua - Kuala Lumpur Terima Kasih
Padanan yang sesuai ialah Perodua Cawangan Utama Kuala Lumpur, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur.  
Lain-lain29.09.2017
Salam Aidilfitri, 1. Ungkapan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA NEGARA KE-55 atau SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55? 2. Ayat: Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah. BETUL / SALAH 3. Ayat: Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi ATAU Pameran kapal-kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi. 4. Ayat: Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kurang pengunjung ATAU Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung. 5. Ayat: Pihak polis telah menemui ATAU menemukan mayat di tepi jalan raya itu. Terima kasih.1. Ungkapan yang betul ialah SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55

2. Ayat "Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah." adalah betul.

3. Ayat yang betul ialah "Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi."

4. Ayat yang betul ialah "Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung."

5. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
Tatabahasa31.08.2012
Selamat Sejahtera, Saya ingin meminta jasa baik pihak tuan/puan untuk menyemak dan membuat pengesahan perkataan SEROM bagi tujuan kelulusan Permohonan Pelan Nama Taman, Jalan dan Pernomboran. Untuk makluman pihak Tuan/Puan Perkataan SEROM ini berasal dari nama tempat tersebut, bagi memudahkan serta mendapat kesamaan pihak kami telah memilih nama berkenaan. Kami sertakan surat ulasan daripada pihak majlis. Kerjasama dan tindakan lanjut dari pihak Tuan/Puan diucapkan ribuan terima kasih.

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk penamaan nama taman, jalan dan pernomboran perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

Setelah menerima id akses dan kata laluan, sila log masuk dan klik Daftar Permohonan dan Daftar Penamaan. Kemudian, lengkapkan maklumat (rujuk juga Panduan Pelanggan).

Lain-lain06.01.2020
123456

Kembali ke atas