Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kamus (kata nama)
Bersinonim dengan tesaurus, leksikon, glosari, daftar, ensiklopedia.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Menurut kamus dewan edisi keempat, 'sekangkang kera' bermaksud (tanah, kawasan, tapak, dsb) yg tidak luas. Jadi, 'sekangkang kera' itu digunakan untuk keluasan menurut maksudnya Namun, bolehkah 'sekangkang kera' digunakan untuk konteks jarak? Ayat contoh: Jarak yang dahulunya dirasakan amat jauh kini hanyalah sekangkang kera. Sekian, terima kasih.Sekangkang kera dikiaskan kepada Tanah atau kawasan yang tidak luas. Sekangkang kera tidak sesuai digunakan bagi menyatakan maksud jarak.Tatabahasa20.05.2015
Adakah pandu cermat, jiwa selamat merupakan peribahasa?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah. Contohnya, "Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya". Oleh itu, berdasarkan pertanyaan saudara, frasa "Pandu Cermat, Jiwa Selamat" bukan dikategorikan sebagai peribahasa tetapi dikategorikan sebagai slogan atau cogan kata.Lain-lain25.08.2020
Selamat sejahtera, saya ingin dapatkan senarai harga buku-buku berikut, 1. Kamus dewan bahasa edisi terkini 2. buku daftar kataHarga Kamus Dewan Edisi Keempat ialah RM60.00 dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu  Edisi Kedua ialah RM80.00.Lain-lain09.09.2009
apakah definasi keselamatan dengan tepatMakna keselamatan merujuk Kamus Dewan Edisi keempat ialah perihal selamat, kesejahteraan, keamanan. Harap maklum.Makna01.12.2007
Selamat sejahtera, adakah karyawanita merupakan kata imbuhan pinjaman? Hal ini adalah kerana di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ada dinyatakan 'karyawanita' (rujuk halaman 308) tetapi saya tidak menemui cariannya di PRPM. Malah, ejaan 'karyawanita' dieja secara terpisah. Sila berikan penjelasan. Terima kasih.Setelah merujuk halaman 308 di dalam Kamus Dewan Edisi Empat, kami tidak menemui perkataan karyawanita.
Perkataan karyawanita terhasil apabila karyawan menerima akhiran nita dan dieja satu perkataan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 308.
Tatabahasa10.07.2013
Selamat petang, apakah perbezaan antara sukan dengan sukaneka?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan bermaksud  segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yang dilakukan sebagai acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan untuk menyihatkan badan, dll).

Manakala sukaneka pula bermaksud sukan yang pelbagai jenis.
Makna25.05.2017
Selamat sejahtera tuan, Apakah perbezaan antara nasionalisme dengan patriotik?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, patriotik membawa maksud orang yang mencintai dan mempertahan­kan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala, nasionalisme membawa maksud : 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam; 2. pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, se­mangat kebangsaan. Mengikut pemaknaan di atas, Nasionalisme dan patriotik membawa maksud yang sama iaitu maksud pertama, perbezaannya ialah nasionalisme juga membawa makna pergerakan ekonomi dan politik daripada kuasa asing.Makna07.08.2014
Mohon pandangan untuk ucapan dipasang di 'billbord'.. Selamat Hari Kebangsaan Malaysia yang Ke-60
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan.

Untuk teks bagi ucapan khusus hari kemerdekaan, pihak kami cadangkan gantikan KEBANGSAAN dengan perkataan KEMERDEKAAN untuk menyatakan khusus ucapan Hari Merdeka. iaitu: "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-60"
Lain-lain14.08.2017
Selamat Sejahtera, bolehkah saya mendapatkan maklutmat berikut berkaitan dengan Kamus Dewan Edisi Ke-1 hingga Ke-4 1) Bilangan Entri 2) Sistem Ejaan Sekian Terima Kasih1. Bilangan Entri Kamus:
  • Kamus Dewan (1970) - 68157 entri/subentri
  • Kamus Dewan (1984) - 69057 entri/subentri
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - 71057 entri/subentri
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - 77057 entri/subentri 
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - 82900 entri/subentri

2. Sistem Ejaan:
  • Kamus Dewan (1970) - sistem ejaan Rumi lama
  • Kamus Dewan (1984) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Melayu sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - Sistem Ejaan Rumi berasaskan Daftar Kata Bahasa Melayu (2001)
3. Terbitan terkini:
  • Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) - 120 000 entri/subentri yang berpandukan Sistem Ejaan Rumi, Pedoman Umum Ejaan Jawi dan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu yang terkandung di dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (2008, 2016), dan memanfaatkan data korpus dalam penyusunan entrinya.
Lain-lain08.03.2022
apakah perbezaan di antara mengharungi sungai dan menyeberangi sungai?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. perkataan "menyeberangi" bermaksud 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita;

Manakala perkataan "mengharungi" pula bermaksud 1. ber­­jalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan;
Istilah08.04.2013
1234567

Kembali ke atas