Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pagi (kata nama)
Bersinonim dengan subuh, fajar, dinihari, siang, sambat, parak siang;,
Kata Terbitan : sepagian, sepagi-pagian, pagi-pagi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah jika kita tulis frasa 'selamat pagi seperti berikut: -Selamat pagi. ( Huruf awal ditulis dengan huruf besar dan ada tanda noktah pada akhir frasa)

Ejaan yang betul ialah "Selamat pagi."

Ejaan07.10.2011
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan. 1) Apakah perbezaan selamat sejahtera dan selamat pagi? 2) Antara selamat sejahtera dan selamat pagi yang mana lebih baik di gunakan? 3) Apakah maksud selamat sejahtera dan selamat pagi? Sekian terima kasih.

1. Selamat sejahtera ialah ucapan atau doa yang berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera. Manakala, ucapan selamat pagi ialah kata sapaan yang biasa diucapkan; "Selamat tengah hari", "Selamat malam", "Selamat petang" dan "Selamat pagi". 2. Kedua-dua ucapan tersebut biasa digunakan masyarakat kita, bergantung pada konteks penggunaan.




Lain-lain12.04.2013
Soalan ini berbentuk dialog : 1. Selamat pagi, puan. Saya ingin membeli alatan untuk menjahit baju saya yang terkoyak ini. Apakah alatan yang saya perlukan ? Bolehkah dijawab seperti berikut, andainya tidak, tolong perbetulkan. Jawapan : a) Selamat pagi, puan. Alatan yang kamu perlukan ialah benang dan jarum. b) Selamat pagi, puan. Alatan yang diperlukan oleh puan ialah benang dan jarum.Untuk soalan tersebut, kedua-dua jawapan yang diberikan boleh digunakan.Lain-lain14.03.2017
Mohon DBP cadang penggunaan yang tepat. 1. Sultan menganugerahkan ATAU mengurniakan pingat kebesaran...? 2. Selamat pagi guru dan rakan rakan sekalian / Selamat pagi guru dan rakan rakan. yang mana betul? Terima kasih.1. Penggunaan perkataan yang tepat dalam konteks tersebut ialah Sultan mengurniakan pingat kebesaran. 2. Frasa yang betul ialah Selamat pagi guru dan rakan sekalian.Lain-lain25.05.2021
Selamat pagi. Apakah jawapan untuk soalan yang dilampirkan.Selamat pagi,

Jawapan yang tepat ialah D. I dan IV. Kesalahan pada ayat II terdapat pada perkataan "mendapatkan" kerana yang perkataan yang tepat ialah "mendapat". Kesalahan pada ayat III pula pada penggunaan perkataan perhatikan kerana sepatutnya digunakan "memerhatikan".
Lain-lain08.09.2015
Selamat pagi. Kami (kagumi / kaguman) semangat dan pengorbanan Rosli Dhoby? Terima kasih.Selamat pagi,

Ayat yang tepat ialah, Kami mengagumi semangat dan pengorbanan Rosli Dhoby?
Tatabahasa19.08.2015
Sam Liew ISN 11.10 PAGI Selamat pagi, Tuan / Puan Minta bantuan untuk menyemak status permohonan pengesahan Bahasa iklan. No. permohonan ialah 4352/2017 dan 4336/2017. Terima kasih.Permohonan tuan telah diproses.Lain-lain10.07.2017
Selamat pagi. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "the differential mode of association" dan "organizational mode of association"? Terima kasih.Selamat pagi,

Antara cadangan yang boleh diberikan ialah  

The differential mode of association -Perbezaan pengendalian kesatuan  

Organizational mode of association - Perbezaan pengurusan kesatuan
Makna13.03.2020
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dalam ayat berikut adalah perlu atau tidak? 1. Damya mengucapkan (terima kasih/Terima Kasih) kepada ibunya. 2. Lily mengucapkan (selamat pagi/Selamat Pagi) kepada Cikgu Khoo. 3. Bella mengucapkan (selamat malam/Selamat Malam) kepada neneknya. 4. Pekerja itu mengucapkan (selamat tengah hari/Selamat Tengah Hari) kepada pegawai atasan mereka. Sila berikan penjelasannya sekali. Terima kasih.Huruf besar digunakan pada permulaan setiap nama khas sahaja. Ucapan selamat pada mana-mana waktu, ucapan terima kasih bukan kata nama khas. Sila rujuk buku kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP; buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga, DBP dan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, DBP.Ejaan14.07.2014
Selamat pagi. Bagi ayat berikut : Cikgu Ganesh nenjelaskan kepada murid-murid tentang cara ______________ alat pemadam api. Jawapan menggunakan atau penggunaan. Terima kasih.Selamat pagi. jawapan yang paling sesuai ialah Cikgu Ganesh menjelaskan kepada murid-murid tentang cara penggunaan alat pemadam api.Tatabahasa09.10.2017
12345678910...

Kembali ke atas