Spring beauty ialah nama bunga liar yang tumbuh di hutan di Amerika Utara dari Nova Scotia hingga ke Georgia dan dari Saskatchewan hingga ke Texas. Daunnya yang panjang, sempit tumbuh pada batang setinggi 15 sentimeter hingga 30 sentimeter. Ia mempunyai dua spesies. Virginia, jenis yang lebih biasa, mempunyai bunga berwarna putih dan samar berserta uratnya berwarna merah. Spring beauty Virginia berbunga terlalu awal hinggakan ramai orang menamakannya Mayflower atau good morning spring (selamat pagi musim bunga). Jenis Carolina mempunyai bunga berwarna putih. |