Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sejahtera (adjektif)
Bersinonim dengan aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa, selamat;,
Kata Terbitan : menyejahterakan, kesejahteraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan. 1) Apakah perbezaan selamat sejahtera dan selamat pagi? 2) Antara selamat sejahtera dan selamat pagi yang mana lebih baik di gunakan? 3) Apakah maksud selamat sejahtera dan selamat pagi? Sekian terima kasih.

1. Selamat sejahtera ialah ucapan atau doa yang berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera. Manakala, ucapan selamat pagi ialah kata sapaan yang biasa diucapkan; "Selamat tengah hari", "Selamat malam", "Selamat petang" dan "Selamat pagi". 2. Kedua-dua ucapan tersebut biasa digunakan masyarakat kita, bergantung pada konteks penggunaan.




Lain-lain12.04.2013
selamat sejahtera tuan.bilakah perkataan adalah/ ialah perlu digunakan. perempuan yang cantik itu adalah/ ialah kakak sayaSelamat sejahtera. Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala 'adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. "Adalah" juga boleh dijadikan kata penegas dalam ayat. Ayat yang betul ialah "Perempuan yang cantik itu ialah kakak saya".Tatabahasa26.05.2015
Selamat sejahtera, Yang manakah sesuai untuk terjemahan "Auto Select"? a) Auto pilih b) Pilih auto Terima kasih.Selamat sejahtera. Perkataan "auto select" tiada dalam data kami. Dicadangkan sebagai "pilih automatik"Istilah21.05.2015
salam/selamat sejahtera. saya ingin bertanyakan apakah yang dimaksudkan dengan fellowship dalam bahasa melayu.Apakah fungsi penggunaan bahasa tersebut dalam bidang pendidikansalam/selamat sejahtera. saya ingin bertanyakan apakah yang dimaksudkan dengan fellowship dalam bahasa melayu.Apakah fungsi penggunaan bahasa tersebut dalam bidang pendidikan
Fellowship mempunyai empat makna iaitu,  1. persahabatan;
2.  perkumpulan; 3. dieja (felow) merupakan ahli sesuatu akademik (kolej atau universiti) atau institusi 4. biasiswa. Soalan kaitan antara bahasa tersebut dengan bidang pendidikan tidak jelas, namun makna ketiga dan keempat boleh dikaitan dengan bidang pendidikan.
Makna17.12.2013
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, adakah perkataan 'prasarana' merupakan salah satu perkataan yang menggunakan imbuhan pinjaman 'pra-'? Ataupun perkataan tersebut berdiri sendiri sebagai 'prasarana'? Terima kasih.Selamat sejahtera. Perkataan prasana ialah kata nama yang berdiri sendiri.Istilah19.05.2015
Selamat sejahtera. Saya mengalami kekeliruan dalam penggunaan kata sendi "ke". 1. Ayah pergi ke klinik. Adakah ayat di atas betul? Bolehkah perkataan "pergi" digugurkan menjadi "Ayah ke klink."Selamat sejahtera
1. Ayah pergi ke klinik.
2. Ayah ke klinik.
Kedua-dua ayat di atas adalah betul kerana membawa maksud yang sama.
Tatabahasa07.08.2014
Selamat sejahtera saya ingin bertanya tentang papan tanda persatuan. Bolehkah saya sebagai setiausaha persatuan ini menghantar draf papan tanda persatuan ke pihak DBP terlebih dahulu untuk mendapat kelulusan dari segi penggunaan tatabahasa bahasa melayu?? terima kasihSelamat sejahtera. Boleh, tiada masalah. Tuan/puan boleh mendapatkan penyemakan dan pengesahan papan tanda melalui dalam talian dengan melayari http://dbpsahbahasa.my/ atau berkunjung terus ke Kaunter Pengesahan Bahasa di DBP. Terima kasih.Lain-lain10.01.2019
Selamat sejahtera. 1.) Di manakah saya boleh dapat penerangan jelas tentang penggunaan imbuhan "meN-"? 2.) Apakah perbezaan antara 2 ayat berikut: A. Adik buang sampah ke dalam tong sampah. B. Adik membuang sampah ke dalam tong sampah. Terima kasih.Selamat sejahtera. Penerangan tentang imbuhan meN- boleh dilihat dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 151. 
Perbezaan dua ayat itu ialah: Ayat pertama tidak gramatis.
Bagi ayat penerangan, kata kerja harus berimbuhan.  Kata kerja 'buang' sesuai digunakan untuk ayat perintah atau dalam dialog atau bahasa pasar. Contoh: 1. Buang sampah itu sekarang. 2. "Mengapa kau buang sampah itu?"
Makna03.05.2014
Salam, Apakah cara betul bagi mengucapkan "salam sejahtera", atau "selamat sejahtera"? Terima kasih.Frasa yang lazim digunakan ialah Selamat Sejahtera. Walau bagaimanapun, Salam Sejahtera juga boleh digunakan.Lain-lain03.01.2021
Selamat sejahtera. Saya memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi penerangan terhadap kesalahan tatatabahasa dalam ayat-ayat berikut: 1. Buku itu ada pada saya. atau 1. Buku itu ada dengan saya. 2. Ibu saya suri rumah tangga. Dia sayang akan saya. atau 2. Ibu saya suri rumah tangga. Beliau sayang akan saya. Sekian, terima kasih.Selamat sejahtera,

Ayat yang betul:

1. Buku itu ada pada saya - Kata sendi nama "pada"  digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu,
2. Ibu saya suri rumah tangga. Beliau sayang akan saya - Beliau merupakan ganti diri ketiga (untuk orang tua atau orang yangg dihormati)
Lain-lain13.09.2015
12345678910...

Kembali ke atas