Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sejahtera (adjektif)
Bersinonim dengan aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa, selamat;,
Kata Terbitan : menyejahterakan, kesejahteraan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
salutation (speech)kata penghormatan (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian pendahuluan yang merupakan bahagian kedua dalam sesuatu struktur rasmi. Bahagian ini terletak di antara bahagian kata sapaan (ucapan salam atau selamat sejahtera) dengan bahagian pengenalan. Di bahagian ini, diberikan penghormatan kepada individu yang hadir dalam sesuatu acara. Penyusunan dan pemilihan kata penghormatan banyak bergantung pada sistem protokol dan hierarki. Sistem ini boleh berasaskan status sosial, taraf jawatan, atau keturunan yang diiktiraf oleh acara dan masyarakat. Dalam budaya masyarakat Malaysia, penyusunan kata penghormatan sangat diberikan perhatian. Bagi memastikan ketepatan susunan kata penghormatan, seseorang boleh mendapatkan nasihat daripada bahagian protokol Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Contohnya, sekiranya dalam majlis tersebut dihadiri seorang menteri, nama beliau perlu disusun paling atas dan gelaran yang diberikan ialah Yang Berhormat, manakala gelaran tuan puan pula diberikan kepada individu biasa dan individu awam yang disusun paling bawah. Bahagian perhubungan awam dalam sesebuah organisasi bertanggungjawab untuk memberikan perhatian dalam aspek ini.

Kembali ke atas