Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lang] | سلڠ

Definisi : 1. lat (waktu, tempat, dll): ~ beberapa lama dr itu, permaisuri pun hamillah pula; meriam ditembak ~-~ satu minit; 2. = selangan sesuatu yg letaknya di antara benda lain: tanaman ~; ~ surup Jk salah faham; berselang 1. berantara (waktu), ada antara­nya: tiap-tiap hari dia menghantar susu kpd ibu dan bapanya dgn tidak pernah ~; 2. ada selangnya (antaranya): temilang dua ~; sudut yg ~; berselang-selang 1. saling berganti, ber­ganti-ganti, lepas satu yg lain pula: di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. tidak terus-menerus, ada jarak atau antaranya, berlat: maka adalah pekerjaanku itu ~ hari, pd sehari pergi menyalinkan kpd bahasa Melayu dan sehari pergi menga­rangkan dia dlm tempat cap; berselangan menggunakan sesuatu sbg selang: kemahiran orang Mesir menyusun tulang-tulang kecil yg ~ dgn pasak kayu utk mengukuhkannya; menyelang 1. mencelah dgn sesuatu (dlm membuat pekerjaan dll), mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang: di muka pintu, gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dgn bunyi suara orang memanggil; ~ perkataan wazir menteri itu dgn perkataan yg lemah lembut; 2. menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang; menyelangi mencelah dgn sesuatu: bunyi guruh sayup-sayup dgn diselangi angin menderu; kawasan yg tidak ramai pendu­duknya ini kadang-kadang diselangi oleh kampung-kampung nelayan; selangan 1. sesuatu yg letaknya di antara benda lain; 2. lat atau jarak (bkn waktu): bunyi itu terdengar dgn ~ masa yg sama; berselangan ada selangnya, tidak terus-menerus: sekalian hulubalang memegang tombak benderang hingga tiada ~ lagi; perselangan 1. perihal berselang; 2. selang: apabila kita mainkan filem itu, ~ gelap di antara gambar-gambar tidak kelihatan pd layar; penyelangan perihal (perbuatan atau pro­ses) menyelang atau menyelangi; penyelang sesuatu yg menyelang (meng­antarai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lang] | سلڠ

Definisi : bahagian di antara (yg meng­hubung-kan) rumah ibu dgn rumah dapur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lang] | سلڠ

Definisi : Mn pinjam; berselang; ~ tenggang pinjam-meminjam, bertolong bantu, meminta pinjaman (perto­longan): rumahnya tempat orang ~ teng­gang dlm kampung itu; menyelang meminjam; menyelangi, memperselangi meminjami; menyelangkan, memperselangkan memin­­-jamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lang] | سلڠ

Definisi : 1 waktu yg terdapat antara dua masa; antara (bkn tempat, peristiwa dll); lat: ~ beberapa bulan, kami pulang lagi ke kampung. 2 = selangan apa-apa yg terletak di antara dua benda: tanaman ~. berselang ada selangnya atau ada antaranya (di antara satu dgn yg lain); berantara: Rumah saya ~ dua pintu dr ru­mahnya. menyelang 1 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan se­suatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyela: Pertunjukan itu menarik kera­na diselang dgn lawak jenaka dan nya­nyi­an. 2 menyampuk percakapan orang; mencelah percakapan orang. menyelangi menjadikan sesuatu ber­­selang (oleh sesuatu): Bunyi guruh sayup-sayup diselangi angin menderu. me­nyelangkan meletakkan sesuatu supaya menjadi berselang. perselangan perihal atau perbuatan berselang: ~ an­tara terang dgn gelap yg biasa ber­laku se­­tiap hari mempunyai kesan yg menakjub­kan terhadap kehidupan tumbuh-tum­buhan berbunga. penyelangan perihal atau perbuatan menyelang, menyelangi atau menyelangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.lang] | سلڠ

Definisi : bahagian rumah yg meng­hubungkan rumah ibu dgn bahagian dapur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selang (kata nama)
Bersinonim dengan lat, senggang, jarak, antara, lang, renggang, sela;,
Kata Terbitan : berselang, berselang-seli, berselang-selang, menyelang, menyelangi, selangan, perselangan, penyelang,

Puisi
 

Cincin perak permata baiduri,
     Selang dengan intan berlian;
Kain kasar dalam duri,
     Takut koyak tarik perlahan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Salangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut,
     inikan pula kemarau panjang.

Bermaksud :

Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPetir guruh berselang-selang, Kilat menyambar si dahan jati; Cantik sungguh tuan dipandang, Tidak tertahan asyik di hati.
Kurik Kundi Merah SagaCincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak pancing ikan sembilang, Di air keruh tepi karang; Jalak berkokok tak putus selang, Biring yang mana tak nak radang.

Kembali ke atas