Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selaput;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MANTEL

Mantel ialah selaput atau tisu. Lihat Cangkerang

UMUM 
SISIK

Sisik ialah plat leper yang membentuk selaput

luar kebanyakan ikan dan banyak ular dan cicak.

Lipatan kulit yang keras, berduri membentuk sisik

reptilia. Pada kebanyakan ikan, sisik adalah cakera

bertulang yang tumbuh dari bawah kulit. Tetapi sisik

ikan jerung mempunyai renamel di

permukaan luar dan tulang di permukaan dalam.

Sisik juga meliputi beberapa mamalia seperti

tenggiling bersisik. Sisik bertindih dengan satu

sama lain seperti atap genting dan menjadi perisai

perlindungan kepada badan lembut di bawahnya.

Sisik berbeza-beza dari segi saiz, bentuk, dan

susunan, bergantung pada haiwannya. Sayap rama-rama

dan kupu-kupu juga mempunyai sisik yang

halus, gebu.

UMUM 
KOKUN

Kokun ialah selaput perlindungan yang menyaluti

pupa dan kadangkala larva banyak serangga.

UMUM 
KULIT KAYU

Kulit kayu ialah selaput luar kebanyakan jenis

pokok dan pokok renek. Ia melindungi batang,

akar dan dahan daripada kecederaan, serangga,

penyakit dan kehilangan air. Tisu pada kulit pokok

juga membawa gula dari daun ke bahagian-bahagian

lain tumbuhan.

UMUM 
OFTALMIA

Oftalmia ialah nama sejenis penyakit mata yang

teruk yang menyerang selaput mata. Penyakit ini

mungkin disebabkan oleh jangkitan, racun, atau

kecederaan. Contohnya, Oftalmia neonatorum ialah

jangkitan pada mata bayi yang baru lahir, biasanya

disebabkan oleh kuman yang menyebabkan

gonorea. Oftalmia simpatetik , yang jarang-jarang

berlaku, merebak ke kedua-dua belah mata selepas

kecederaan pada sebelah mata dan boleh

menyebabkan buta. Lihat juga Buta (Penyakit).

UMUM 
LILIN KARNAUBA

Lilin karnauba ialah lilin sayur. Ia didapati

daripada daun palma karnauba yang berasal dari

Brazil. Untuk mendapatkan lilin karnauba, daun

palma karnauba dikeringkan di bawah cahaya

matahari sehingga selaput lilinnya bertukar menjadi

debu bak tepung. Debu ini dicairkan, disejukkan,

dan dibuat menjadi kepingan.

UMUM 
TENDON

Tendon , yang juga dikenali sebagai sinew, ialah

korda yang kuat, berwarna putih yang melekatkan

otot pada tulang. Otot menggerakkan tulang dengan

menarik tendon. Tendon adalah satu berkas banyak

serat yang liat. Sesetengah tendon berbentuk bulat,

yang lain berbentuk panjang atau leper. Satu hujung

tendon muncul daripada satu hujung otot. Hujung

satu lagi terjalin dalam bahan tulang. Tendon ini

boleh menggelongsor ke atas dan ke bawah di dalam

selaput tisu berserat, sebagaimana tangan bergerak

dalam lengan baju. Tendon dan selaput dikekalkan di

tempatnya oleh tisu penghubung yang dikenali

sebagai ligamen . Tendon yang terpotong boleh

dicantumkan semula (dijahit). Penyembuhannya

mungkin mengambil masa enam minggu atau lebih.

Lihat juga Tangan; Tendon Achilles; Tubuh

manusia (gambar: Ligamen dan tendon).

UMUM 
SALURAN HAVERS

Saluran havers ialah saluran-saluran halus di

dalam tisu tulang padat, iaitu lapisan luar tulang

yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh

darah, salur limfa (bendalir tisu), tisu perantara, dan

saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari

pembuluh yang lebih besar dalam periosteum

(selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang.

Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran

untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu

tulang ini dikenali sebagai sistem osteon atau

sistem havers. Osteon ialah struktur asas yang

membentuk tulang padat.

UMUM 
APENDISITIS

Apendisitis ialah radang apendiks vermiform

(lihat Apendiks ). Ia terjadi akibat jangkitan bakteria.

Apendiks menjadi bengkak dan berisi nanah. Nanah

mungkin terkumpul dan menyebabkan abses. Atau

apendiks mungkin pecah, menyebabkan jangkitan

merebak ke organ badan di sekelilingnya. Ia juga

boleh menyebabkan peritonitis , radang selaput

yang melapisi rongga abdomen (lihat Peritonitis ).

UMUM 
PINJAL AIR

Pinjal air ialah nama biasa bagi sekumpulan

krustasea kecil yang hidup terutamanya dalam

kolam dan tasik air tawar. Sebilangan kecil spesies

pinjal air hidup di lautan. Pinjal air adalah sumber

utama makanan bagi banyak ikan. Pinjal air

panjangnya kira-kira 0.2 milimeter hingga 18

milimeter. Haiwan ini mendapat namanya kerana

gerak renangnya yang tersentak-sentak seperti

lompatan pinjal. Pinjal air berenang dengan

melakukan pergerakan mendayung dengan

sesungut , yang terentang dari depan kepala. Pinjal

air mempunyai karapas (selaput badan) lut sinar

yang mengelilingi hampir seluruh badannya. Oleh

kerana pergerakan jantung dan organ-organ lain

pinjal air boleh dilihat secara langsung, haiwan ini

sering digunakan dalam ujian ubat.

UMUM 
12

Kembali ke atas