Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.put] | سلاڤوت

Definisi : lapisan nipis tisu (pd benda-benda hidup) yg menyaluti sesuatu; ~ dara selaput yg menutup sebahagian bukaan faraj gadis atau wanita (biasanya pecah apabila pertama kali mengadakan hubungan seks); ~ jantung selaput yg membalut jantung; ~ mata selaput pembungkus biji mata; berselaput ada selaput, bersalut dgn kulit tipis, berlapis (bersalut) dgn sesuatu: muka-nya kotor ~ habuk; mata ~ mata yg disalut oleh selaput putih (kerana berpenyakit), mata bular; menyelaputi menyelubungi, melitupi, mem­­-bungkusi: biji kacang yg kering itu agak keras dan diselaputi kulit biji; bulu susuk yg ~ badan burung; tiap-tiap satu batang logam itu diselaputi lilin; menyelaputkan memberi bersalut (ber­lapis) dgn, menyalutkan, menyelubungkan; selaputan benda yg menyelaputi (menye­lubungi) sesuatu: matanya masih lagi ber-balam kerana ~ air matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.put] | سلاڤوت

Definisi : kulit tipis yg menyaluti ba­hagian-bahagian benda hidup: ~ ma­ta kulit tipis yg menyelaputi biji ma­ta. berselaput bersalut kulit tipis. menyelaputi ki menjadi sbg selaput pd; melapisi: Bajunya berbelak-belak diselaputi getah pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
perubahan tambahan voltan plat kepada perubahan kecil voltan grid dalam tiub vakum dengan syarat arus plat dan voltan elektrod yang lain adalah malar. (FIZ) amplitude of diaphragm (amplitud diafragma) Amplitud selaput diafragma bagi suatu mikrofon yang bergetar. (FIZ) amplitude of harmonic (amplitud harmonik) Amplitud bagi gelombang sinusoid. (FIZ) amplitude of oscillation (amplitud ayunan) Amplitud suatu zarah yang berayun atau bergetar. (FIZ UBAT) aneusomatic (aneusomatik) Perihal organisma yang selnya mempunyai bilangan kromosom individu yang berubah. (BIO) angiocarpic (angiokarpa) Keadaan jasad buah. Contohnya, keadaan jasad buah kulat Hymenomycetes yang himeniumnya tertutup rapat oleh selaput semasa peringkat awal pemben- tukan tetapi terdedah semasa peringkat akhir setelah spora dan selaput yang menutupinya terkoyak. (BIO) angiogram (angiogram) Gambar sinar-X pembuluh darah yang dipenuhi medium pembeza jelas

Kembali ke atas