Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.put] | سلاڤوت

Definisi : lapisan nipis tisu (pd benda-benda hidup) yg menyaluti sesuatu; ~ dara selaput yg menutup sebahagian bukaan faraj gadis atau wanita (biasanya pecah apabila pertama kali mengadakan hubungan seks); ~ jantung selaput yg membalut jantung; ~ mata selaput pembungkus biji mata; berselaput ada selaput, bersalut dgn kulit tipis, berlapis (bersalut) dgn sesuatu: muka-nya kotor ~ habuk; mata ~ mata yg disalut oleh selaput putih (kerana berpenyakit), mata bular; menyelaputi menyelubungi, melitupi, mem­­-bungkusi: biji kacang yg kering itu agak keras dan diselaputi kulit biji; bulu susuk yg ~ badan burung; tiap-tiap satu batang logam itu diselaputi lilin; menyelaputkan memberi bersalut (ber­lapis) dgn, menyalutkan, menyelubungkan; selaputan benda yg menyelaputi (menye­lubungi) sesuatu: matanya masih lagi ber-balam kerana ~ air matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.put] | سلاڤوت

Definisi : kulit tipis yg menyaluti ba­hagian-bahagian benda hidup: ~ ma­ta kulit tipis yg menyelaputi biji ma­ta. berselaput bersalut kulit tipis. menyelaputi ki menjadi sbg selaput pd; melapisi: Bajunya berbelak-belak diselaputi getah pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neurilemmaneurilemaBiologiHistologi dan SitologiSelaput tipis yang melapisi selaput medula gentian saraf. selaput Schwann; selaput primitif.
membrane coveringselaputPerubatanTiadaLapisan nipis yang menyaluti permukaan organ atau rongga, misalnya selaput peritoneum, selaput sinovium dan selaput pleura.
membraneselaput; membran; selaput kulitPerpustakaanTiadaTiada
mestome sheathselaput mestomBiologiHistologi dan Sitologi1 Selaput berdinding tebal yang mengelilingi berkas vaskular. 2 Bahagian dalam di antara dua selaput beberapa jenis rumput seperti festukoid. 3 Sebarang selaput endoderma
membrane potentialkeupayaan selaputKejuruteraanPetroleumPerbezaan keupayaan yang timbul dalam arah merentasi selaput semitelap bercas yang berada dalam elektrolit atau cecair yang mengandungi ion bebas. Kehadiran selaput (biasanya pepejal) bercas dalam elektrolid tersebut akan menganggu keseimbangan kadar pergerakan ion-ion kerana hanya ion-ion yang mempunyai cas yang berlawanan dengan cas selaput tersebut sahaja yang dapat lalu menerusi selaput tersebut. Ini menimbulkan perbezaan keupayaan. magnitudnya sekitar 80 peratus, iaitu lebih besar daripada keupayaan persimpangan cecair.
bundle sheathselaput berkasBiologiHistologi dan SitologiSelaput yang terdiri daripada tisu parenkima atau sklerenkima yang biasanya setebal satu sel, dan mengelilingi berkas vaskular daun angiosperma. Sel yang membentuk selaput ini tersusun kejap dan berfungsi sebagai penyalur air dan larutan daripada berkas vaskular ke tisu di sekitarnya. Selaput ini mungkin mengandungi kloroplas dan pada rumput tropika, dipercayai berkait rapat dengan proses penyimpanan kanji.
membrane theoryteori selaputKejuruteraanKejuruteraan BangunanTeori rekabentuk bagi struktur kelompang nipis yang mengandaikan bahawa semua daya selaput akan bertindak di dalam selaput itu sendiri.
bundle sheathselaput berkasBotaniTiadaLapisan sel yang mengelilingi berkas vaskular dalam daun dan sesetengah batang tumbuhan. Selaput berkas biasanya terdiri daripada sel parenkima dan kadangkala boleh juga terdiri daripada se; sklerenkima. Dari segi fisiologi, selaput berkas membantu mengurangkan kehilangan air dan bertindak sebagai lapisan pemisah antara berkas dengan tisu lain. Dalam sesetengah spesies, sel ini mengandungi kloroplas daripada jenis yang terlibat dengan metabolisme Kranz.
hymenhimen/selaput daraPerubatanTiadaSelaput yang menutupi rongga faraj gadis.
semipermeable membraneselaput semitelapFizikMekanikSelaput yang mengizinkan pelarut menembusinya tetapi tidak pula membenarkan bahan berkoloid atau bahan terlarut lalu tertentu menerusinya.
12345678910...

Kembali ke atas