Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.ri] | سلاري

Definisi : 1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar: garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa; garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun dipanjangkan); 2. = selarian se­imbang dgn, sesuai dgn: terdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah; sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya selarian dan sesuai dgn darjatmu; 3. tidak putus-putus, terus-menerus: ulasan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.ri] | سلاري

Definisi : sama hala (bkn garisan, banjaran dll); sejajar: Garisan-garisan itu kelihatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lari
Kata Terbitan : berlari, selari, menyelarikan, keselarian, melarikan diri, larian, pelarian, pelari,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISI EMPAT

Sisi empat ialah rajah yang mempunyai empat

sisi lurus, iaitu poligon empat sisi. Sisi empat

yang sisi berlawanan adalah selari dikenali segi

empat selari. Sisi dan sudut berlawanan dalam

segi empat selari adalah sama. Jika kesemua

sudut dalam segi empat selari adalah bersudut

tepat, ia dikenali segi empat tepat. Kalau kesemua

empat sisi adalah sama, ia dikenali rombus. Segi

empat selari yang mempunyai empat sisi sama

dan empat sudut tepat dikenali segi empat sama.

Keluasan L satu segi empat selari dengan tapak d

dan ketinggian t dikira dengan formula L = dt.

Ketinggian ialah garis tegak antara dasar dan sisi

berlawanan dengannya.

UMUM 
AKSIOM

Aksiom ialah kenyataan matematik yang

diandaikan benar. Aksiom dianggap sebagai

kebenaran nyata yang tidak boleh dibuktikan. Satu

contoh aksiom ialah aksiom selari dalam

geometri. Aksiom selari ini menyatakan bahawa

“melalui satu titik yang tidak terletak pada suatu

garisan yang ditentukan, satu, dan hanya satu,

garisan boleh dilukis selari dengan garisan yang

diperuntukkan”.

UMUM 
PRISMA

Prisma ialah sebuah bungkah padu yang

mempunyai dua tapak selari yang dicantumkan oleh

tiga atau lebih permukaan sisi (lateral). Tapak ini

merupakan poligon yang mempunyai saiz dan

bentuk yang sama. Permukaan-permukaan sisinya

bersegi dan selari.

UMUM 
SILINDER

Silinder, dalam geometri, ialah bentuk pejal

dengan dua tapak secam yang terletak pada satah

selari. Setiap tapak dihubung oleh bucu melengkung

yang dikenali sebagai direktriks. Permukaan sisi (tepi)

silinder terdiri daripada garisan selari yang kedua-duanya bertemu

dengan setiap tapak. Sekiranya direktriks silinder itu bulatan,

bentuk tersebut dikenali sebagai silinder membulat.

Silinder membulat tegak ialah silinder bulat dengan permukaan sisi

silinder tegak yang tepat pada tapak-tapaknya.

Silinder yang permukaan sisinya tidak bersudut

tepat dikenali sebagai silinder membulat oblik.

UMUM 
TERUMBU SAWARTerumbu penghalang yang terletak selari dengan pinggir pantai.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SEGI EMPAT TEPAT

Segi empat tepat ialah rajah bersisi empat

satah yang mempunyai empat sudut tepat.

Misalnya, papan hitam ialah segi empat tepat.

Segi empat tepat ialah segi empat selari yang

bersudut tepat. Kedua-dua sisinya yang

bertentangan adalah selari dan sama. Jika

keempat-empat sisinya sama, maka segi empat itu

ialah segi empat sama.

UMUM 
PEMBELAUAN FRAUNHOFER

Berlaku apabila cahaya dari sumber cahaya yang selari dengan kanta dihalang oleh celah pembelau dan difokuskan ke atas layar menggunakan kanta di belakang celah tersebut sehingga jarak sumber cahaya dan layar adalah infinit dari celah pembelau.

FIZIKFenomena
ROMBOID

Romboid ialah satu satah yang mempunyai dua sisi

selari yang sama panjang, dan dua sisi lagi berlainan

tetapi juga sama panjang.

UMUM 
ROMBUS

Rombus ialah nama yang diberi kepada rajah satah

yang mempunyai dua sisi yang lurus dan selari,

kesemuanya sama panjang. Lazimnya, sisi ini tidak

bersudut tepat antara satu sama lain.

UMUM 
ROMMEL, ERWIN

Rombus ialah nama yang diberi kepada rajah satah

yang mempunyai dua sisi yang lurus dan selari,

kesemuanya sama panjang. Lazimnya, sisi ini tidak

bersudut tepat antara satu sama lain.

UMUM 
123

Kembali ke atas