Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.tan] | سلاتن

Definisi : mata angin (arah) yg bertentangan dgn utara, daksina, kidul; ~ daya = ~ barat daya arah antara barat daya dgn selatan; ~ menenggara arah antara selatan dgn tenggara (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.tan] | سلاتن

Definisi : arah di sebelah kanan apabila kita menghadap ke timur; arah mata angin yg bertentangan dgn utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selatan

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan sahaja Barat Laut;
Tidur mari sebantal mari,
     Kencang pinggang tetap dipaut.


Lihat selanjutnya...(13)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kutub magnetmagnetic poleKawasan yang terletak pada hujung magnet kekal. Hujung magnet yang menghala ke utara disebut kutub utara dan yang menghala ke selatan disebut kutub selatan. Kutub yang berlainan menarik antara satu sama lain, manakala kutub yang sama menolak antara satu sama lain. Lihat RajahMenengah Rendah
paksiaxisGaris bayangan yang menghubungkan kutub utara dan kutub selatan. Lihat RajahSekolah Rendah
hemisferahemisphereBahagian separuh bumi, biasanya terbahagi kepada bahagian utara dan selatan yang ditandai oleh garis Khatulistiwa. Lihat RajahSekolah Rendah
kutubpole1. Bahagian pada hujung paksi bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan. 2. Bahagian hujung magnet yang paling kuat daya tarikannya. Lihat RajahSekolah Rendah
kompascompassAlat yang digunakan untuk menunjukkan arah mata angin. Kompas biasanya mempunyai skala bulat yang disenggat dalam unit darjah dan ditandai dengan mata angin utama, iaitu utara, selatan, barat dan timur.Menengah Rendah

Kembali ke atas