Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.tan] | سلاتن

Definisi : mata angin (arah) yg bertentangan dgn utara, daksina, kidul; ~ daya = ~ barat daya arah antara barat daya dgn selatan; ~ menenggara arah antara selatan dgn tenggara (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.tan] | سلاتن

Definisi : arah di sebelah kanan apabila kita menghadap ke timur; arah mata angin yg bertentangan dgn utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selatan

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan sahaja Barat Laut;
Tidur mari sebantal mari,
     Kencang pinggang tetap dipaut.


Lihat selanjutnya...(13)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
selatanangin selatanSainsHidrometeorologiAngin monsun timur laut yang kencang dan kering yang datang dari selatan Indonesia.
south polekutub selatanTeknikElektrikKutub magnet tempat fluks dari kutub utara tertumpu. Jika magnet dibiarkan tergantung bebas kutub selatan magnet akan mengarah ke Kutub Selatan geografi.
meridianmeridianMatematikTiadaBulatan pada sfera bumi yang melalui Kutub Utara dan Kutub Selatan. Kutub Utara Kutub Selatan
Southern Sky SurveySurvei Langit SelatanMatematikTiadaAtlas gambar foto bintang yang terdapat di langit selatan, yang terdiri daripada dua set plat gambar foto yang meliputi kawasan langit yang bertindih. Objek samawi yang dirakamkan adalah lebih malap dan lebih jauh daripada yang dirakamkan di dalam peta langit selatan yang terdahulu, dan kira-kira empat kali lebih malap daripada objek dalam Survei Langit Paloman.
entrance grave (Arch)kuburan ambangSejarahTiadaKuburan zaman prasejarah yang mempunyai beberapa bilik, laluan masuk dan keluar, banyak ditemui di kawasan selatan Sepanyol, Britain, Selatan Ireland, dan kepulauan Scilly pada zaman tembaga kira-kira 1500-1000SM.
busterbusterMeteorologiMeteorologi PerhubunganPerubahan arah angin secara tiba-tiba, selalunya daripada angin barat laut menjadi angin selatan yang diikuti dengan penurunan suhu yang mendadak di selatan dan tenggara Australia. Perubahan arah ini berlaku di belakang perenggan sejuk, dan sekiranya peningkatan tekanan adalah besar angin selatan ini boleh menjadi ganas. Kedatangan angin selatan selalunya ditandai dengan awan gulung berbentuk sabut yang panjang. Suhu kadang-kadang jatuh sebanyak 20�C dalam masa setengah jam. Ribut ini kadang-kadang disertai kilat dan guruh.
Pisces AustralidsPancuran Hui SelatanMatematikTiadaPancuran meteor hemisfera selatan, punca sinaran RA 340o, dec 30o mencapai maksimumnya pada 30 Julai.
Corona AustralisCorona Australis (Mahkota Selatan)MatematikTiadaBuruj kecil hemisfera selatan yang tidak jelas kelihatan berhampiran dengan Scorpius, yang sebahagian daripadanya terletak pada Bimasakti. Bintang tercerah terdiri daripada bintang magnitud keempat.
south polekutub selatanMatematikTiadaTitik persilangan permukaan bumi dengan paksinya di hemisfera selatan. South geographical pole.
australpaksinaGeologiTiadaPaksina: Berhubung dengan selatan, atau terletak di bahagian selatan.
12345678910...

Kembali ke atas