Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.koh] | سليکوه

Definisi : (selékoh) lengkok, kelok, liku, siku (jalan, sungai, dll): mereka telah menahan Sani di ~ jalan; ~ kota sudut atau penjuru benteng yg menganjur keluar; berselekoh 1. berbelok, berkelok, berliku (jalan raya, sungai, dll): Sungai Pahang ini ~ ke kanan lalu masuk ke Laut China; 2. = menyelekoh membelok, membengkok, ber-ganti arah: bas itu terhuyung-hayang apabila ~; telengkoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.koh] | سليکوه

Definisi : /selékoh/ liku pd sungai (jalan dll); kelok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selekoh (kata nama)
Bersinonim dengan lengkok, kelok, liku, siku, telengkoh, belok, bengkok, enggokan, katelum;,
Kata Terbitan : berselekoh,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam.. Kesesuaian ayat pada papantanda.. i) 'Selekoh Merbahaya' atau 'Selekoh Berbahaya'

Salam sejahtera,

Perkataan yang betul ialah berbahaya. dalam bahasa Melayu tidak ada imbuhan 'mer', tetapi imbuhan 'ber'. Contoh penggunaan: Jalan raya itu berbahaya kepada orang awam kerana banyak kenderaan berat menggunakan jalan ini.


Jadi, jawapan yang tepat ialah 'Selekoh berbahaya'

Tatabahasa11.11.2012
Soalan ayat cakap pindah kepada ayat cakap ajuk Yazid memberitahu Mustapa bahawa terdapat selekoh di hadapan. Jawaban :Awas ada selekoh di hadapan,” kata Yazid kepada Mustapa. Mengapakah jawaban dia ada muncul ‘awas’.Saya ada beberapa kekeliruan.Bolehkah Tuan memberi penerangan.Terima kasihPenggunaan kata awas dalam ayat tersebut adalah betul kerana membawa maksud berhati-hati ada selekoh di hadapan. Penulisan yang tepat ialah Awas, ada selekoh di hadapan. Walau bagaimanapun, penggunaan kata awas boleh juga ditiadakan. Contoh: Ada selekoh di hadapan.
Lain-lain08.01.2021
Selamat petang. Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Mereka sering menunggang di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. 2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, ayat yang betul ialah:

1. Mereka sering menunggang motosikal di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.
2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.
Lain-lain09.06.2023
Adakah ayat "Awas ! Selekoh merbahaya di hadapan" betul atau tidak ?Ayat yang betul ialah Awas! Selekoh berbahaya di hadapan.Tatabahasa03.05.2023
Selamat tengah hari. ayat yang manakah di bawah ini betul? Atau salah kedua-duanya? 1. Mereka sering menunggang di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. 2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.Soalan saudara tidak jelas. Peribahasa yang ada "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian" bermaksud: Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu.
Tatabahasa04.06.2023
Pemandu van itu ( ) sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. Ada 4pilihan A terhantuk B terhempas C terlanggar D tertendang Jawapan ialah apaJawapan yang betul ialah C. terlanggar

Pemandu van itu terlanggar sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. 
Lain-lain16.10.2021
Adakah terdapat kesalahan dalam ayat2 di bawah...Jika ada kesalahan minta diterangkan hukum tatabahasa yang berkaitan. 1. Sesetengah orang tidak suka tinggal di bandar. 2.Jika hujan lebat , kawasan ini akan dinaiki air . 3.Sudah bertahun lamanya Pak Cik Ali menetap di kampung ini. Penduduk di kawasan itu saling membantu apabila tiba musim menuai. 4. Abang membelok di sebatang selekoh. 5.Lembu-lembu tanpa tuan bertempiaran di sepanjang jalan kampung itu.Ayat pertama hingga kelima yang dilampirkan adalah betul.Tatabahasa03.03.2014
Amir Imran Feb 27th, 5:07pm salam...saya ada satu soalan, apa perbezaan penggunaan E (emak) dan E (ekor), dan bagaimana untuk menentukan sebutan 'E' dalam satu perkataan?Lihat pola keselarasan vokal bagi e (pepet) dan e (taling): e(p) - a, lekat e (p) - i, lebih e (p) - u, tempuh e(t) - a, petak e (t) - e (t), leceh e(t) - o, esok, selekoh, tempoh Semoga panduan ini dapat membantu tuan, selebihnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau maklumat dalam pangkalan data kami.Tatabahasa27.02.2015
saya ingin bertanya, bolehkah DBP mewujudkan imbuhan baru untuk kata lawan bagi ber-? Seperti yang kita tahu, ber- mempunyai maksud 'memiliki' atau 'perbuatan persalingan' (daripada https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/129). Jika kita lakukan perbandingan bahasa ( Melayu & Inggeris) bagi maksud 'memiliki' ber(sifat), baju berlengan pendek = short sleeve shirt. Tetapi baju tanpa lengan = sleeveless shirt. berguna = useful, tidak berguna = useless. Banyak lagi perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan -less, memudahkan komunikasi dan memendekkan jumlah perkataan dalam perbualan. Saya berharap agar penambahbaikan ini dapat dipertimbang kerana bahasa Melayu sepatutnya sudah wujudkan banyak istilah sains, berbanding menterjemah begitu sahaja. Terima kasihKamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan imbuhan "ber-(be-, bel-) sebagai entrinya. Terdapat 30 pecahan makna yang berjaya diisih dan disusun secara teliti berserta contoh kata terbitannya. Maklumat tatabahasa juga diberikan sebagai panduan pengguna bahasa. Berikut adalah sebahagian daripada pecahan makna imbuhan tersebut:

ber- (be-, bel-)
awalan

1 secara umumnya, apb bergabung dgn kata dasar tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan, kegiatan, cara, sifat dll yg berkaitan dgn kata dasar tsb, mis berdayung, berjumpa, berdalih, bersosial, bermusuh, bergotong-royong, berdakwah, berbuat, golongan berada, cukai berbayar, berjalan berjengket-jengket membawa sekole kopi, dan Berenang mampu menurunkan berat badan;

2 apb bergabung dgn kata kerja, kata nama atau kata adjektif tertentu membentuk kata terbitan yg membawa maksud berada dlm keadaan yg berkaitan dgn kata dasar, mis berlapar, bercelup, bertulis, berhujan, berembun, bergelap, bergembira, berpantang, berbara, bercatu, belum berbasuh, bermuram durja, kain berjahit dan kayu bergergaji;

3 membawa maksud ada atau mempunyai, mis berduit, berkudis, bermuatan, berayah, berasas, berbeza, berhasrat, tiada berbanding, gula-gula berangin, selekoh berbahaya, pihak berkuasa, renang berirama, berhalangan, bertujuan, berfikiran, berperanan, dan berkaitan;

4 apb bergabung dgn kata tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan yg dilakukan pd diri sendiri, mis berdandan, bercukur, bersolek, bercermin, berdiang, berdiet, bergambar dan berjemur;


Untuk mendapatkan keseluruhan pecahan makna imbuhan ini, pengguna disarankan memiliki Kamus Dewan Perdana.
Lain-lain24.06.2021

Kembali ke atas