Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.koh] | سليکوه

Definisi : (selékoh) lengkok, kelok, liku, siku (jalan, sungai, dll): mereka telah menahan Sani di ~ jalan; ~ kota sudut atau penjuru benteng yg menganjur keluar; berselekoh 1. berbelok, berkelok, berliku (jalan raya, sungai, dll): Sungai Pahang ini ~ ke kanan lalu masuk ke Laut China; 2. = menyelekoh membelok, membengkok, ber-ganti arah: bas itu terhuyung-hayang apabila ~; telengkoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.koh] | سليکوه

Definisi : /selékoh/ liku pd sungai (jalan dll); kelok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selekoh (kata nama)
Bersinonim dengan lengkok, kelok, liku, siku, telengkoh, belok, bengkok, enggokan, katelum;,
Kata Terbitan : berselekoh,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
selekoh /selékoh/liku pd sungai (jalan dll); kelok.Kamus Pelajar
selekoh/selékoh/ liku pd sungai (jalan dll); kelok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selekoh(selékoh) lengkok, kelok, liku, siku (jalan, sungai, dll): mereka telah menahan Sani di ~ jalan; ~ kota sudut atau penjuru benteng yg menganjur keluar; berselekoh 1. berbelok, berkelok, berliku (jalan raya, sungai, dll): Sungai Pahang ini ~ ke kanan lalu masuk ke Laut China; 2. = menyelekoh membelok, membengkok, ber-ganti arah: bas itu terhuyung-hayang apabila ~; telengkoh.Kamus Dewan Edisi Keempat
mematah1. menukar haluan (arah): kemudian ia ~ masuk ke sebuah lorong; ~ balik menukar haluan ke arah tempat datangnya; ~ selekoh menukar arah mengikuti selekoh; 2. Pi tidak dapat berjalan, lemah: kenapa pula itik itu ~ sangat;Kamus Dewan Edisi Keempat
mematah selekohmenukar arah mengikuti selekoh;Kamus Dewan Edisi Keempat
telengkoh(teléngkoh) selekoh (jalan, sungai, dll), penjuru kota (benteng) yg menganjur keluar, katlum; ® selekoh.Kamus Dewan Edisi Keempat
siku I1. persendian di antara lengan atas dgn lengan bawah; 2. selekoh atau kelok (pd sungai, jalan, dll); 3. = siku-siku = ~ bedil pangkal atau gagang senapang, popor; ~ bersimpai orang yg malas bekerja; ~ jalan selekoh atau kelok jalan; ~ keluang a) garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut; b) selekoh jalan yg tajam; c) motif batik, anyaman, tembikar dsb yg berbentuk jalur runcing yg bersudut dan bertingkat-tingkat; siku-siku, sesiku 1. sudut tepat, sudut 90° ; 2. a) sj alat berbentuk ‘L’ atau ‘T’ (utk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); b) sj alat segi tiga drpd kayu dll (dan bersudut 90°, 60°,dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°); 3. gagang senapang, siku bedil; 4. = kayu ~ gading­-gading; bersiku ada sikunya; menyiku 1. merupakan sudut 90°; 2. menyinggung dgn siku; menyikukan menyinggung (dgn siku); penyiku pukulan dgn siku.Kamus Dewan Edisi Keempat
liku I1. selekoh (pd jalan, sungai, dll), kelok, siku: tiap ~ jalan diturut; 2. tempat terpencil, ceruk: segala ~ dan ceruk di hulu sungai itu diingatinya; segala ~ dan ceruk pedalaman; ~-~ hidup = ~-~ kehidupan dugaan dan kesengsaraan dlm hidup: perlunya Islam dijadikan sbg obor yg menerangi ~-~ kehidupan; berliku-liku berbelok-belok, berkelok-kelok, berselekoh-selekoh: di sebelah kiri jalan itu mengalir sebatang sungai yg ~ pula; melikukan menyebabkan menjadi liku: air yg deras mengalir, menyimpang, dan ~ sungai menjadi lurah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelok(kélok) liku, selekoh (jalan): setelah ia hilang di ~ jalan, barulah kedua-duanya berpaling arah ke dlm rumah; kelang-~ berliku-liku (bkn jalan, sungai); berkelok = mengelok bertukar haluan (ke kanan atau ke kiri), berbelok, membelok: Tuan Hess ~ ke lorong arah pintu salun diikuti oleh Encik Ramli; berkelok-kelok 1. banyak liku, berselekoh­selekoh (jalan bengkang-bengkok): jalan ke tempat itu ~; 2. membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri): kapal itu belayar sambil ~ utk menghindarkan serangan kapal selam; mengelok berkelok; mengelokkan 1. menjadi melengkung, melengkungkan, membengkokkan: ~ dawai; 2. mengubah haluan (ke kanan atau ke kiri), membelokkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
siku1 sendi tempat lengan atas ber­hubung dgn lengan bawah. 2 = ~ bedil, siku-siku, sesiku pangkal senapang. ~ bersimpai ki orang yg malas bekerja. ~ jalan (sungai) selekoh pd jalan (sungai). ~ keluang a. garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut. b. selekoh jalan yg tajam. siku-siku, sesiku 1 sudut tepat; sudut 90o. 2 alat berbentuk ‘T’ atau ‘L’ utk melukis atau utk mengukur sudut tepat. 3 alat berbentuk tiga segi (dan bersudut 90o, 60o dan 30o atau bersudut 90o, 45o dan 45o). menyiku menghentak dgn siku; menyigung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345

Kembali ke atas