Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lem.bu] | سلمبو

Definisi : sj ikan laut, Lactarius lactarius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lem.bu] | سلمبو

Definisi : sj binatang hasil kacukan seladang dgn lembu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lem.bu] | سلمبو

Definisi : nama sj binatang hasil kacukan seladang dgn lembu, Bos spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selembu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya tahu kata baru yang menggabungkan bahagian kata (Akronim) selain daripada Selembu (seladang + lembu), apa lagi ya? Terima kasih
Mengikut Kamus Dewan, perkataan "AKRONIM" bermaksud kependekan yang terbentuk daripada ga­bung­an huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata), pawagam (panggung wayang gambar) dan banyak lagi. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkataan "AKRONIM", puan bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Tatabahasa Dewan sangat berkesan untuk dijadikan panduan dalam pembelajaran tatabahasa Melayu.
Tatabahasa11.02.2021

Kembali ke atas