Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.le.pas] | سلڤس

Definisi : sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi me­mukat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.le.pas] | سلڤس

Definisi : setelah selesai; sesudah: ~ mandi-manda di sungai itu, kami pun membuka bekalan lalu makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Puisi
 

Orang Jawa hilir ke kuala,
     Beli kain selepas Bali;
Adik suka abangpun suka,
     Boleh kita mengikat janji.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
fetusfoetusEmbrio mamalia selepas terbentuknya ciri-ciri utama yang terdapat pada mamalia dewasa. Fetus manusia ialah embrio yang berusia lapan minggu ke atas.Menengah Rendah
mencapahdivergeKeadaan cahaya yang berserak selepas melalui kanta cekung.Menengah Atas
baki turasanresidueBahan yang tinggal selepas proses penurasan. Lihat RajahMenengah Atas
titik fokusfocal pointTitik tempat sinar selari bertumpu selepas melalui kanta. Lihat RajahMenengah Rendah
kekenyalanelasticityKeupayaan bahan untuk kembali ke bentuk asal selepas dikenakan daya luaran.Menengah Rendah
menumpuconvergeKeadaan cahaya yang menjurus kepada suatu titik selepas melalui suatu kanta cembung.Menengah Atas
keabadian momentum linearconservation of linear momentumJumlah momentum sebelum dan selepas pelanggaran sesuatu objek adalah sama, dengan syarat tiada daya luar bertindak pada objek tersebut.Menengah Atas
gemaechoGelombang bunyi yang terpantul dan kembali semula ke sumber penghantarannya selepas tempoh tertentu. Gema biasanya mempunyai magnitud yang cukup besar apabila terkena permukaan yang keras.Menengah Rendah
belauandiffractionFenomena yang dikesan apabila gelombang air, bunyi dan cahaya tersebar selepas menerusi celah atau halangan. Contohnya, gelombang air. Lihat RajahMenengah Atas
peringkat dewasaadulthoodTempoh masa kehidupan yang dilalui oleh seseorang dalam proses kehidupan selepas zaman remaja sehingga mencapai usia tua.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas