Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : (seléra) 1. keinginan utk makan, nafsu makan: mi yg tersaji di hadapannya itu disudunya dgn penuh ~; membuka ~ = membangkitkan ~ menimbulkan nafsu ma­kan; patah ~ hilang selera; 2. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa: siaran Radio terpaksa mengimbangi ~ para pendengar; 3. nafsu, keinginan: rupanya gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik ~ lelaki tersebut; ~ tajam sangat ingin hendak makan; ~ bagai cetus api prb orang yg sangat rakus (tamak); ~ bagai taji, tulang bagai kanji prb orang yg bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan; berselera ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; menyelerakan memberikan (mendatang­kan) selera (utk makan dll): ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : (seléra) sl badan, tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : /seléra/ 1 kemahuan atau ke­inginan hendak makan; nafsu makan: Dia telah memakan hidangan itu dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai orang; kemahuan terhadap sesuatu: Siaran radio tidak dpt memenuhi ~ semua pendengar. berselera 1 mempunyai selera: Dia tidak sihat dan tidak ~ utk menjamah makanan. 2 penuh keinginan hendak makan: Adiknya ~ sekali menikmati makanan kegemarannya. menyelerakan menaikkan atau menimbulkan selera: Bau masakan ibunya amat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selera (kata nama)
1. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan keinginan, nafsu makan, syarah, dorongan,

2. Bersinonim dengan kegemaran: pilihan, kecenderungan, kesukaan, cita rasa, hasrat, kemahuan, kehendak, minat, harapan, animo, perhatian, sir, hajat,
Berantonim dengan kebencian

3. Bersinonim dengan nafsu: keinginan, keghairahan, idaman, kehausan, hajat,

Kata Terbitan : berselera, menyelerakan,

Puisi
 

Kalau tuan selasih dani,
     Pucuk sembung selera muda;
Kalau tuan kasihkan kami,
     Carilah tumbung kelapa muda.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Selera bagai cetus api.

Bermaksud :

Sangat rakus.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
m r dpur timur selera timur, selera kitaPertanyaan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula.Lain-lain24.01.2012
SELERA DI TAIPAN SELERA @ TAIPANSila nyatakan soalan atau maklumat yang jelas. Frasa yang betul ialah  SELERA DI TAIPANLain-lain20.12.2017
Yang manakah betul? berjamu selera atau menjamu selera?Frasa yang betul ialah "menjamu selera".Tatabahasa09.06.2015
Salam sejahtera. Yang manakah betu? a. menjamu selera b. berjamu selera c. kedua-dua di atas betul? Terima kasih.Yang betul ialah menjamu selera.Lain-lain08.09.2022
ayat perintah yang manakah yang tepat? 1. Sila jamu selera. atau 2. Sila menjamu selera.Lazimnya frasa "sila menjamu selera" yang digunakan.Tatabahasa05.09.2014
Ayat Saya mencadangkan kita supaya menjamu selera. Betul atau Saya mencadangkan supaya kita menjamu selera. Ayat yang mana satu betul?Ayat yang lebih baik ialah : Saya mencadangkan supaya kita menjamu selera.Tatabahasa14.05.2014
Restoran Selera Maju berjaya membuat jualan sebanyak A. RM70 000 B. RM70,000.00 C. RM70,000 ANTARA A,B,C YANG MANA YANG TEPAT?Pengunaan yang lebih tepat ialah: Restoran Selera Maju berjaya membuat jualan sebanyak RM70,000.00.  Jawapan (B)Ejaan02.11.2021
Saya telah menghantar permohonan no rekod 17415/2015 atas nama iklan Rasa Johor bagi kedai saya di Medan Selera. Nama itu telah tidak diluluskan dan nama gantian iaitu Makanan Johor tidak boleh digunakan kerana terlalu panjang. Buat makluman, pada asalnya saya ingin meletakkan nama Selera Johor tetapi tidak dapat digunakan kerana terlalu panjang. Di Medan Selera ruagan iklan sangat terhad. Seperti nama restoran terkenal, Rasa Utara, saya harap nama Rasa Johor diterima. Kami juga telah labur dalam membuat iklan itu. Saya harap pemohonan ini dipertimbangkan semula. Sila maklumkan dengan siapa saya harus berjumpa untuk selesaikan masalah ini kerana saya perlu dapatkan lesen niaga dari MBSA segera.Sila kemukakan semula permohonan saudara melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan tekan butang kemas kini. Nyatakan alasan tuan untuk mengekalkan nama tersebut.Lain-lain12.05.2015
para tetamu dihidangi Puan Salmah dengan pelbagai juadah yang membuka selera. (dihidangi adakah salah digunakan dalam ayat ini?)Ayat yang betul ialah Para tetamu dihidangi pelbagai juadah yang membuka selera oleh Puan Salmah.Tatabahasa03.08.2011
Tuan, adakah mengukur baju di badan sendiri fungsi ataupun maksud Samadengan tepuk dada tanyalah selera?1. Mengukur baju di badan sendiri - bermaksud "menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri".(Peribahasa lain yang sama makna ialah Mengenakan baju di badan maka sesuai")
2. Tepuk dada tanya selera - bermaksud "Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri"
*Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain-lain12.05.2015
123

Kembali ke atas