Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.ra/] | سليرق

Definisi : (selérak); berselerak 1. bersebar, ber-sepah, berserak: dia melangkah kembali dan mengutip pinggan-pinggan yg masih ~ itu; jamuan ~ jamuan yg tetamunya mengambil sendiri makanan (dan bebas ke sana ke mari); 2. ki terdapat di mana-mana, bertaburan: syarikat penerbangan itu mempunyai wakil yg ~ di seluruh dunia; 3. tidak selari (cahaya); 4. terurai (dlm pelbagai warna); berselerakan bertaburan, bersebaran; menyelerakkan menjadikan berselerak, menyebarkan (ke merata-rata tempat); terselerak 1. tersebar (ke merata-rata tem­pat); 2. terbias ke sana ke mari (cahaya); 3. terurai kpd pelbagai warna (setelah terbias); penyelerakan perihal menyelerakkan (be­nih dll), penyebaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.ra/] | سليرق

Definisi : /selérak/; berselerak tidak di­­­atur dgn baik; bersepah-sepah; ter­­­sebar di mana-mana: Barang-ba­rang permainan­nya ~ di bilik makan. menyelerakkan mem­buat menjadi berselerak; menye­barkan ke merata-rata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selerak
Kata Terbitan : berselerak, berselerakan, menyelerakkan, terselerak, penyelerakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terjemahan istilah statistiks dalam Bahasa Inggeris ke BM Scattered diagram dan scattered plot

Istilah bahasa Melayu bagi scattered diagram ialah gambar rajah selerak dan scattered plot ialah plot selerak.

Istilah01.10.2010
Salam sejahtera. Saya mahu tahu padanan atau terjemahan untuk perkataan "scat singing". Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah scat singing ialah nyanyian selerak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah18.08.2023
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah.Tuan,

Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, me­nyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna06.07.2017
Adakah terdapat kata sisipan dalam perkataan 'kelebak'? Pada pengetahuan saya, jika saya buang sisipan 'el', perkataan dasarnya akan jadi 'kebak'. Saya telah semak di dalam kamus, perkataan tersebut (kebak) tidak tersenarai. Jadi, adakah perkataan 'kelebak' boleh diterima sebagai kata sisipan? Begitu juga perkataan 'kelingking'. Jika kita buang sisipan 'el', perkataan tersebut akan jadi 'kingking'. Dalam Kamus Dewan Edisi ke-3, perkataan 'kingking' bermaksud 'limau'. Dari manakah asal perkataan tersebut? Mengapa perkataan tersebut membawa maksud 'limau'? Terima kasih.Tidak semua perkataan yang ada huruf el di tengah-tengah perkataan menunjukkan berlakunya proses sisipan el pada perkataan tersebut. kata dasar dan kata yang ada sisipan el mempunyai makna yang hampir sama, seperti serak dan selerak. Kamus Dewan tidak menyenaraikan etimologi (asal-usul kata), sila rujuk kamus/buku lain yang berkaitan. Tatabahasa03.09.2008

Kembali ke atas