Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.le.se.ma] | سلسما

Definisi : 1. sakit sejuk: demam ~; 2. ber­hingus, sentiasa keluar hingus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.le.se.ma] | سلسما

Definisi : 1 = demam ~ penyakit mu­dah berjangkit yg menyebabkan peng­hidapnya demam serta berhingus. 2 hingus sentiasa keluar dr hidung; berhingus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selesema


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEMAM SELESEMA

Demam selesema ialah sejenis infeksi saluran

pernafasan atas. Ia merupakan penyakit yang

merebak dengan amat meluas dan sangat lazim

dihidapi.

UMUM 
MINYAK EUKALIPTUS

Minyak eukaliptus diperoleh daripada daun

eukaliptus. Kegunaannya yang paling terkenal ialah

sebagai ubat sapu dan semburan hidung bagi

mereka yang menghidapi selesema. Minyak

diasingkan daripada daunnya melalui penyulingan

stim.

UMUM 
MENTOL

Mentol ialah sebatian putih yang lembut, berbau

pudina dan mempunyai rasa segar serta sejuk. Ia

digunakan secara meluas sebagai bahan untuk

ubat batuk dan selesema, pewangi dan rokok.

Mentol diperoleh daripada minyak daun pokok

pudina.

UMUM 
ANALGESIK

Analgesik ialah sebarang dadah yang

menghilangkan rasa sakit tanpa menyebabkan

ketidaksedaran. Manusia menggunakan pelbagai

analgesik untuk menghilangkan atau mengurangkan

banyak jenis kesakitan. Aspirin, analgesik yang

relatifnya ringan, menghilangkan sakit kepala, sakit

otot, dan beberapa ketidakselesaan kerana selesema.

Doktor mungkin mempreskripsi analgesik yang lebih

kuat, seperti Codeine, bagi kesakitan yang teruk

akibat kecederaan belakang badan, luka terbakar

yang serius, dan penyakit seperti kanser.

UMUM 
LEPUH SEJUK

Lepuh sejuk ialah gugusan lepuh kecil yang

disebabkan oleh virus yang dinamakan virus

herpes simpleks . Lepuh sejuk boleh berlaku

di mana-mana sahaja pada badan. Walau

bagaimanapun, kebanyakannya kelihatan pada

muka, terutamanya pada mulut atau berhampiran

mulut. Dalam banyak kes, ia terjadi apabila

seseorang itu mendapat selesema atau demam.

UMUM 
RASA

Rasa ialah deria yang penting pada manusia dan

banyak haiwan. Rasa makanan membantu

menentukan apa dan berapa banyak yang kita

makan. Kita boleh menolak makanan yang rasanya

tidak disukai dan akibatnya diet kita mungkin tidak

seimbang. Deria rasa kita dipengaruhi oleh bau

benda. Apabila kita mendapat selesema dan

hidung kita tersumbat, sesetengah makanan

mungkin sama rasanya (lihat Bau ). Makanan

hendaklah lembap untuk dirasa. Jika lidah dan

makanan adalah kering, makanan tidak mempunyai

rasa.

UMUM 

Kembali ke atas