Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.li.mut] | سليموت

Definisi : 1. kain utk menutup tubuh (pd masa tidur), gebar: gebar atau ~ lebih cepat dan senang dibasuh dgn menggunakan mesin pencuci kain; 2. ki sesuatu yg digunakan utk menutupi atau melindungi pekerjaan jahat dll, sesuatu utk menyelubungi kejahatan; ~ elektrik selimut yg dipanaskan dgn arus elek-trik; berselimut 1. memakai selimut, berse­lubung: ia minum air panas dan ~ dgn kain yg tebal supaya keluar peluh; 2. ki berselindung di belakang sesuatu, menggunakan sesuatu utk melindungi maksud sendiri; malam ~ embun, siang bertudung awan prb orang yg terlalu miskin (tidak mempunyai apa-apa pun); berselimutkan mempunyai sesuatu sbg se-limut: ibarat ~ sehelai kain batik, ditarik ke atas di bawah lapang, ditarik ke bawah di atas lapang; menyelimuti 1. menutupi dgn selimut: se-helai gebar berbenang kasar ~ tubuhnya yg kerdil; 2. menyelubungi, meliputi: lembah di kaki kampung itu masih tetap diselimuti awan; 3. ki melindungi (kejahatan dll), menutupi; menyelimutkan 1. mengenakan (mema­kai-kan) selimut, memberi berselimut, menye-lubungkan (tubuh): Maheran sedang ~ anak-nya; 2. ki menyembunyikan (sesuatu perkara dll); memperselimut menjadikan (mengguna­kan) sbg selimut: ia pun ~ kain sarungnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.li.mut] | سليموت

Definisi : kain yg digunakan utk menutup badan ketika tidur supaya tidak ke­sejukan; kain gebar. berselimut me­makai atau menggunakan selimut; ber­selubung dgn selimut: Busu tidak su­ka tidur ~. berselimutkan menggunakan sesuatu sbg selimut: Dia ~ sehelai kain batik lepas. menyelimut menutup badan dgn selimut: Alia ~ Adam dgn cadar itu. menyelimuti 1 menjadi sbg selimut pd; menyelubungi sesuatu sbg selimut: Sehelai kain cadar ~ tubuh­nya yg gempal. 2 ki menutupi atau menyelaputi: Selepas itu, kelihatan awan tebal ~ puncak bukit. menyelimutkan menggunakan atau mengenakan sesuatu sbg selimut (pd tubuh dll): Dia ~ kain pelikat pd adiknya yg kedinginan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selimut (kata nama)
Bersinonim dengan penutup, gebar, kemul;,
Kata Terbitan : berselimut, berselimutkan, menyelimuti,

Puisi
 

Nasi dingin digonggong semut,
     Dibawa belayar ke Singapura;
Badan dingin tarik selimut,
     Bantal peluk ganti adinda.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Pencuri dalam selimut.

Bermaksud :

Musuh yang tiada diketahui.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
fibre (gentian akrilik) Gentian buatan yang terdiri daripada rantai polimer sintetik, dengan sekurang- kurangnya 85% (berdasarkan berat) unit akrilonitril, -CH 2 CH(CN)-. Gentian akrilik digunakan untuk membuat gentian modakrilik, selimut dan permaidani. (KIM) acrylic resin (resin akrilik) Polimer organik termoplastik sintetik yang dihasilkan daripada pempolimeran terbitan akrilik seperti asid akrilik dan metil akrilat. Bahan ini mempunyai kerintangan cahaya ultraungu yang

Kembali ke atas