Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : selipar drpd getah yg mempunyai tali berbentuk ‘v’ dan hujungnya dikepit antara ibu jari dgn jari kedua (ketika memakainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : selipar drpd getah dsb yg mempunyai tali berbentuk ‘V’ dan hujungnya dikepit antara ibu jari dgn jari kedua (ketika memakainya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selipar Jepun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana menulis perkataan berikut: a) baju Melayu b) selipar Jepun Adakah 'Melayu' dan 'Jepun' itu ditulis dengan huruf besar?Ejaan yang betul ialah baju Melayu dan selipar jepun.Ejaan20.03.2012
Selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan penjelasan mengapa baju Melayu ditulis dengan menggunakan huruf besar sedangkan selipar jepun dan mi jawa ditulis dengan huruf kecil? Sekian, terima kasih.Baju Melayu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut. Manakala selipar jepun dikategorikan sebagai kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil.Ejaan14.11.2012
kek lapis Sarawak ditulis Kek Lapis Sarawak atau kek lapis Sarawak? Adakah ia perkataan ini dikategorikan sebagai kata nama khas?Ejaan yang betul ialah kek lapis sarawak dan merupakan kata nama am sama seperti selipar jepun yang dieja dengan huruf kecil.Ejaan02.06.2020
saya ingin bertanya: yang mana satu cara tulis yang betul untuk perkataan ini: "lipas Jerman" atau "lipas German" atau "Lipas Jerman" lipas jerman "common name" kpd scientific name Blattella germanica. sekian, terima kasih.Istilah Blatella germanica dikekalkan bentuk penulisannya dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun untuk menambah kefahaman orang awam Blatella germanica boleh disertai (lipas jerman) dalam tanda kurung, dan jerman dalam konteks tersebut dieja dengan huruf kecil kerana tidak merujuk nama negara sama seperti selipar jepun.Tatabahasa03.04.2014

Kembali ke atas