Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.lo/.bé.lo/] | سيلوق-بلوق

Definisi : (sélok-bélok) 1. = selok jumbai ark perhubungan atau pertalian antara satu dgn lain (kekeluargaan dll), kaitan, sangkut-paut: antara saya dgn dia, tidak ada ~nya; 2. sesuatu yg ada hubungannya dgn yg lain, hal yg berkaitan dgn sesuatu: Johan mem-pelajari ~ berniaga; mereka sedang meng-huraikan sesuatu kepadanya tentang ~ pelayaran; 3. hal yg berselit-belit (berliku-liku): mereka tahu benar akan segala ~ kerja-kerja yg sedang dijalankan itu; berselok-belok 1. berkaitan (kekeluargaan dll), bersangkut paut; 2. ada hubungannya dgn, berkait-kait dgn, berbelit-belit dgn; 3. banyak kesulitannya, sukar, sulit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.lo/.bé.lo/] | سيلوق-بلوق

Definisi : /sélok-bélok/ 1 pertalian atau hubungan antara satu dgn yg lain; sangkut paut: Tidak ada ~ lagi antara kami dgn mereka. 2 hal-hal yg berkaitan dgn sesuatu yg lain: Orang Melayu hendaklah mempelajari ~ perniagaan drpd orang Cina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selok
Kata Terbitan : selok-belok, berselok;berselok-belok,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diplimatic intricacyselok-belok diplomatikSejarahTiadaHal yang berkaitan dengan selok-belok urusan diplomatik antara dua negara.
textologytekstologiKesusasteraanTiadaIlmu yang mempelajari selok-belok teks, seperti sejarah teks, usia kertas, bentuk tulisan, pengarang, pentarikhan dan lain-lain.
implementing agencyagensi pelaksanaPentadbiranTiadaBadan yang ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu projek sehingga matlamat tercapai. Agensi pelaksana terdiri daripada syarikat, jabatan kerajaan, kementerian, atau pertubuhan antarabangsa. Agensi ini biasanya merupakan badan profesional yang mengetahui selok belok projek yang ingin dilaksanakan. Contohnya, PLUS dalam usaha membina lebuh raya baru, Petronas mencari gali minyak atau UDA membangunkan sebuah bandar baharu.
negotiation skillskemahiran perundinganPentadbiranPentadbiran Awam

Kebolehan dan kecekapan memanfaatkan sebarang perbincangan atau tawar menawar. Kemahiran ini memberikan keuntungan untuk kepentingan dirinya sendiri, individu yang lain atau organisasi yang diwakilinya. Perunding yang cekap akan melahirkan tuntutan yang berkesan dan dalam masa yang sama bijak melindungi kepentingan diri atau organisasi yang diwakilinya. Kemahiran ini sangat penting dimiliki oleh seorang diplomat, jurujual, jururunding, pentadbir dan pemimpin politik. Kelemahan dalam selok-belok perundingan ini boleh menyebabkan kerugian.


Kembali ke atas