Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lo.ka] | سلوکا

Definisi : sj puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll); berseloka mengarang atau membawakan seloka: sambil itu ia bersyair, berbait, ber-gurindam dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lo.ka] | سلوکا

Definisi : puisi yg berisi ajaran (sindiran, jenaka dll). berseloka mengarang atau mengucapkan seloka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seloka
Rujuk :puisi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
selokaselokaKesusasteraanTiadaPuisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�.
slokaselokaKesusasteraanTiadaSajak yang mengandungi ajaran, sindiran dan sebagainya.
categorykategoriKesusasteraanPuisiPenggolongan sesuatu bentuk puisi seperti pantun, syair, gurindam, seloka, nazam, ruba'i dan sajak.
tembangtembangKesusasteraanTiadaKarangan berangkap yang dinyanyikan, biasanya berbentuk syair, pantun dan seloka. Kebanyakan puisi Jawa disampaikan dalam bentuk tembang, contohnya kidung yang dilagukan dengan iringan alat muzik gambang dan saron. Tembang berasal daripada bahasa Jawa bermaksud nyanyian atau puisi. Lihat juga kidung.
patternpolaKesusasteraanPuisiPola bermakna sifat-sifat atau ciri-ciri khusus yang terdapat pada puisi tradisional mahupun moden yang menentukannya bentuk puisi tersebut seperti pantun, syair, teromba, seloka dan sebagainya. Umpamanya puisi tradisional khususnya bentuk pantun empat kerat yang mempunyai pola rima hujungnya a b a b, manakala syair mempunyai pola yang tetap iaitu a a a a.
innuendosindir halusKesusasteraanPuisiPengujaran penyair dalam sesuatu frasa atau kalimat puisi pada sesuatu baris puisi. Bahasa puisi yang mengandungi unsur� unsur sindiran yang disampaikan secara halus kepada seseorang. Contohnya, seloka "Malang Pak Kaduk". Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran ! Mudik menongkah surut! Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan,
teka-tekiteka-tekiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing)
poemsajakKesusasteraanPuisiKarya-karya puisi, sama ada tradisional mahupun moden. Contohnya, puisi " Kumai" dan "Daerah Kenangan" dalam antologi Puisi Sepanjang Zaman karya T. Alias Taib. Sajak mempunyai dua pengertian yang berbeza iaitu makna umumnya suatu jenis karangan berangkap baik pantun atau syair dan lain� lain, manakala makna khususnya terdiri daripada suatu jenis karangan berangkap cara baharu dalam bahasa Melayu, keadaannya seakan-akan gurindam dan seloka pada bentuk luarnya tetapi berlainan pada isi dan rasa keseniannya dengan beberapa sifat yang tertentu.
folk poetrypuisi rakyatKesusasteraanTiadaPuisi yang disampaikan secara lisan. Puisi rakyat biasanya bersifat lirik, iaitu ungkapan puitis yang dapat digunakan untuk seni kata dalam lagu, cerita, ucapan, dan kegiatan harian. Puisi rakyat biasanya berbentuk pendek, bersukat dan berpola, amat terikat dengan keperluan bait, baris dan rima agar mudah dihafal dan diingati. Namun, terdapat juga bentuk berangkap yang lebih longgar strukturnya dan lebih panjang. Contoh bentuk pendek yang terikat ialah pantun, terutamanya pantuan dua kerat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata. Puisi lisan yang lebih panjang dan longgar ialah mantera, seloka, manakala ungkapan berirama seperti talibun, teromba, gurindam, dan perbilangan. Lihat juga mantera, talibun, teromba.
poetrypuisiKesusasteraanTiadaPengucapan yang imaginatif yang lahir daripada perasaan yang mendalam. Puisi melahirkan secara spontan perasaan yang membuak yang timbul daripada gaya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang. Definisi ini diutarakan oleh penyair seperti Wordsworth. Menurut Edwin Arlington Robinson, puisi ialah ungkapan bahasa yang menyampaikan sesuatu mesej melalui reaksi emosi, sesuatu kata-kata yang sukar hendak dinyatakan. Penulisan puisi biasanya menggunakan rima, ritma, matra, baris dan rangkap. Ciri utama bentuk puisi ialah iramanya. Irama dalam puisi biasanya bersifat tersusun dan teratur dan susunan ini memberi variasi kepada keseragaman bunyi apabila puisi itu dibacakan. Dalam penulisan puisi, penyair mempunyai lebih kebebasan dalam membentuk ayat berbanding dalam penulisan prosa. Oleh sebab penulisan puisi agak pendek, maka penulisan puisi memerlukan kepadatan kata-kata bagi menimbulkan kesatuan yang mantap dan berkesan. Bait puisi dihidupkan oleh bahasa yang indah dan imaginatif. Selain itu, bahasa puisi mempunyai nilai konotatif yang tinggi. Contoh puisi Melayu tradisional ialah pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teromba, teka-teki, mantera, perbilangan, talibun, ruba�i dan qit�ah. Contoh puisi Melayu moden ialah sajak.
12

Kembali ke atas