Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lu.ruh] | سلوروه

Definisi : segenap, seantero, semuanya (di­anggap satu): Mahkamah Tertinggi telah ditubuhkan utk mentadbirkan keadilan di ~ Persekutuan; ~ perhatian mestilah diberikan kpd per-cakapan itu; menyeluruh 1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dll): pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi; 2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dll): satu sistem yg ~ utk menyampaikan maklumat; menyeluruhi meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang bilik darjah itu; keseluruhan 1. perihal semuanya (seluruh-nya): baca rencana itu berkali-kali dan faham-kan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan: masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, me-lainkan harus merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lu.ruh] | سلوروه

Definisi : semuanya sekali dikira satu; segenap: ~ dunia. menyeluruh me­liputi atau mengenai semuanya sekali; terdapat di mana-mana; meluas: Hawar penyakit taun yg diberitakan itu tidaklah ~. keseluruhan hal seluruhnya (se­muanya): Fahami maksud ~ karangan ini dan jawab soalan-soalan yg berikut. pd ~nya pd umumnya (amnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seluruh (kata tugas)
Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,
Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan,

Puisi
 

Sayang Temasik tempat berniaga,
     Masyhur sudah ke seluruh dunia;
Tuan emas hamba tembaga,
     Manakan boleh duduk bersama.


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Seluruh Fajar Mengalir DerasA. Latiff MohidinDewan Sastera1 November 1991
Seluruh semenanjung bergelapTiadaDewan Siswa1 September 1996
Tukarkan seluruh psikologi masyarakatTiadaDewan Masyarakat1 January 1995
Bahasaku - Padamu Seluruh Kasihku TercurahShamsuddin JaafarPelita Bahasa1 March 1993
Matawang negara seluruh duniaNormasri AdabiDewan Siswa1 October 1980
Muslihat di seluruh duniaPaul KennedyDewan Budaya1 April 2003
Sambutan Aidilfitri di Seluruh DuniaSaifullizan YahyaDewan Masyarakat1 November 2008
Pengakap diiktiraf di seluruh duniaZulzila DzulkefliDewan Siswa1 August 1998
Pak Hasjmy mewakafkan seluruh kekayaannyaFaridah M. SaniAl Islam1 April 1996
Notis Bawah Tanah dari seluruh duniaFaisal TehraniAkar1 January 2000
12

Kembali ke atas