Apakah perbezaan antara semua, seluruh, segala dengan setiap? | Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempunyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: 1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok. 2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara. 3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu. | Tatabahasa | 04.03.2014 |
Apakah perbezaan antara kata bilangan' semua' 'seluruh' dan 'segala' dari penggunaannya. minta tuan berikan contoh ayat bagi setiap kata bilangan tersebut. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: 1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok. 2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara. 3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu. | Makna | 06.04.2011 |
_____barang di pasar raya dijual dengan harga tetap. a. Setiap b. Semua adakah kedua-dua diterima sebagai jawapan? Tolong berikan penjelasan. | Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: 1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok. 2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara. 3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu. Berdasarkan takrifan tersebut, kedua-dua diterima sebagai jawapan. | Tatabahasa | 17.04.2014 |
Saya keliru tentang perkataan seluruh. Jika seluruh negara digunakan adakah ia meliputi satu dunia? Atau hanya melibatkan negara individu? Contoh ayat, "Adakah penghantaran ini meliputi seluruh negara?" Adakah penghantaran tersebut merangkumi satu dunia atau Malaysia sahaja? Terima kasih. | Frasa seluruh negara (contoh: Malaysia) hanya meliputi negara (Malaysia) tersebut sahaja dan tidak melibatkan negara lain. | Makna | 24.01.2019 |
1.Apakah perbezaan antara "seluruh", "semua" dengan"segala"? 2._____barang di pasar raya itu dijual dengan harga tetap. A. Seluruh B. Setiap C. Semua D. Segelintir ~ sama ada jawapan setiap dan semua boleh diterima dalam soalan ini? Tolong berikan penjelasan. Terima kasih | Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: 1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok. 2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara. 3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu. Perkataan yang paling tepat digunakan ialah semua. | Tatabahasa | 24.12.2013 |
ADAKAH "SELURUH PENDUDUK " TEPAT PENGGUNAANNYA? KALAU TEPAT PENGGUNAAN, KENAPA SELURUH MURID TIDAK BOLEH DITERIMA? MENGIKUT APA YANG SAYA TAHU, SEMUA MURID YANG BETUL PENGGUNAAN. TERIMA KASIH ATAS JAWAPAN | Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: 1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok. 2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara. 3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu. Frasa semua penduduk lebih tepat berbanding daripada frasa seluruh penduduk. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
di seluruh badan atau pada seluruh badan | Penggunaan kata sendi nama “di” dan “pada” adalah betul bagi ayat di atas. Kedua-dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Untuk soalan yang akan datang, sila kemukakan ayat yang lengkap bagi memudahkan kami memberikan jawapan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP. 2014), halaman 265 dan 274. | Tatabahasa | 20.10.2023 |
1. Sama ada "seluruh" dan "segala" sesuai digunakan dalam orang. contoh: seluruh penduduk/segala penduduk 2. _____calon peperiksaan upsr sedang mendengar ceramah. A. Semua B. Setiap Jawapan "setiap" boleh diterima sebagai jawapan? Sila berikan penjelasan. Terima kasih | 1. Kedua-dua perkataan "seluruh" dan "segala" sesuai digunakan untuk orang. 2. Untuk ayat yang dijadikan contoh itu, jawapan "setiap" kurang sesuai | Makna | 18.04.2014 |
Adakah ayat 'seluruh warga' Jabatan Perdana Menteri tidak gramatis? Seluruh itu telah menunjukkan ramai. Mohon nasihat dan cadangan ayat yang betul. | Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Ayat tidak gramatis ialah ayat yang tidak mengikut hukum tatabahasa dan dianggap ayat yang tidak betul dalam konteks penggunaan rasmi. Seluruh merupakan kata bilangan yang tergolong dalam kata kuantiti. Kata kuantiti adalah kata kardinal yang jumlahnya tidak semuanya nyata. Oleh itu, penggunaan "seluruh warga" ini betul dari aspek tatabahasanya. | Lain-lain | 18.03.2021 |
Salam sejahtera,adakah "seantero jagatraya" betul dari segi tatabahasa? Bukankah perkataan jagatraya sudah merangkumi maksud seluruh(seantero)?Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "seantero" ialah seluruh atau segenap manakala "jagatraya" bermaksud seluruh dunia. Maka cukup sekadar jagatraya jika konteks ayat yang ingin digunakan merujuk kepada seluruh dunia. | Tatabahasa | 21.03.2023 |