Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lu.ruh] | سلوروه

Definisi : segenap, seantero, semuanya (di­anggap satu): Mahkamah Tertinggi telah ditubuhkan utk mentadbirkan keadilan di ~ Persekutuan; ~ perhatian mestilah diberikan kpd per-cakapan itu; menyeluruh 1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dll): pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi; 2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dll): satu sistem yg ~ utk menyampaikan maklumat; menyeluruhi meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang bilik darjah itu; keseluruhan 1. perihal semuanya (seluruh-nya): baca rencana itu berkali-kali dan faham-kan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan: masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, me-lainkan harus merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lu.ruh] | سلوروه

Definisi : semuanya sekali dikira satu; segenap: ~ dunia. menyeluruh me­liputi atau mengenai semuanya sekali; terdapat di mana-mana; meluas: Hawar penyakit taun yg diberitakan itu tidaklah ~. keseluruhan hal seluruhnya (se­muanya): Fahami maksud ~ karangan ini dan jawab soalan-soalan yg berikut. pd ~nya pd umumnya (amnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seluruh (kata tugas)
Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,
Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan,

Puisi
 

Sayang Temasik tempat berniaga,
     Masyhur sudah ke seluruh dunia;
Tuan emas hamba tembaga,
     Manakan boleh duduk bersama.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
whole body vibrationgetaran seluruh badangetaran seluruh badangetaran seluruh badanPerubatan
all-up-weight (AUW)berat seluruhberat seluruhberat seluruhKejuruteraan Kapal Terbang
all channel tuningpenerimaan seluruh saluranpenerimaan seluruh saluranpenerimaan multi saluranKomunikasi Massa
whole body clearancekleran seluruh tubuhklearans seluruh tubuhklearans jasad menyeluruhFarmasi
Campus Wide Network (CWN)Jaringan Seluruh Kampus (CWN)Rangkaian Seluruh KampusRangkaian Seluruh kampus (CWN)Teknologi Maklumat
whole fishikan utuhikan seluruhikan seluruhPerikanan
national catasthropicbencana nasionalbencana seluruh negarabencana seluruh negaraSains Politik
whole muscleotot daging utuhotot seluruhotot seluruhPerikanan
broadcast tillageolah tanah total/penuhpemugaran seluruhpemugaran seluruhPertanian
campus-wide information systems (CWISs)CWISssistem maklumat seluruh kampus (CWISs)sistem maklumat seluruh kampus (CWISs)Teknologi Maklumat
12

Kembali ke atas