Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lu.ruh] | سلوروه

Definisi : segenap, seantero, semuanya (di­anggap satu): Mahkamah Tertinggi telah ditubuhkan utk mentadbirkan keadilan di ~ Persekutuan; ~ perhatian mestilah diberikan kpd per-cakapan itu; menyeluruh 1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dll): pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi; 2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dll): satu sistem yg ~ utk menyampaikan maklumat; menyeluruhi meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang bilik darjah itu; keseluruhan 1. perihal semuanya (seluruh-nya): baca rencana itu berkali-kali dan faham-kan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan: masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, me-lainkan harus merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lu.ruh] | سلوروه

Definisi : semuanya sekali dikira satu; segenap: ~ dunia. menyeluruh me­liputi atau mengenai semuanya sekali; terdapat di mana-mana; meluas: Hawar penyakit taun yg diberitakan itu tidaklah ~. keseluruhan hal seluruhnya (se­muanya): Fahami maksud ~ karangan ini dan jawab soalan-soalan yg berikut. pd ~nya pd umumnya (amnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seluruh (kata tugas)
Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,
Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan,

Puisi
 

Sayang Temasik tempat berniaga,
     Masyhur sudah ke seluruh dunia;
Tuan emas hamba tembaga,
     Manakan boleh duduk bersama.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
whole body exposurededahan seluruh tubuhKejuruteraanTiadaTeknik terapi sinaran melibatkan penyinaran seluruh tubuh.
total body radiationsinaran seluruh tubuhKejuruteraanTiadaTeknik terapi sinaran melibatkan penyinaran seluruh tubuh.
overall multiple watermarktera air berganda seluruhPentadbiran PerniagaanTiadaTera air yang kelihatan seluruh pada lembaran setem.
enterprisewide modelmodel seluruh bidang usahaTeknologi MaklumatTiadaReka bentuk sistem paras tinggi yang menunjukkan semua entiti utama dan hubungan antara entiti bagi seluruh bidang usaha.
radiometerradiometerAeroangkasaTiadaPeranti yang digunakan untuk mengukur seluruh tenaga atau kuasa yang diterima dalam bentuk sinaran, terutamanya sinaran inframerah daripada suatu jasad atau untuk mengukur seluruh kuasa hingar radio yang diterima.
radiometerradiometerMatematikTiadaPeranti yang digunakan untuk mengukur seluruh tenaga atau kuasa yang diterima dalam bentuk sinaran, terutamanya sinaran inframerah daripada suatu jasad atau untuk mengukur seluruh kuasa hingar radio yang diterima.
whole-of-society effortusaha menyeluruh masyarakatUmumTiadaUsaha mengoptimumkan seluruh tenaga kerja kesihatan dan peranan barisan hadapan yang bertindak di lapangan serta peranan seluruh rakyat Malaysia yang turut sama membantu memutuskan rantaian COVID-19.
flying tailekor terbangAeroangkasaTiadaSeluruh ekor mendatar pesawat udara sebagai permukaan kawalan utama pesawat udara.,Alat pandu arah yang digunakan untuk membantu pesawat udara menghampiri pendaratan, contohnya lampu pendaratan dan bikon.,Seluruh ekor mendatar pesawat udara sebagai permukaan kawalan utama pesawat udara.
venous blooddarah venaBiologiFisiologiDarah yang datang dari seluruh badan dan kembali ke dalam jantung melalui vena. Darah tersebut banyak mengandungi karbon dioksida dan sedikit oksigen jika dibandingkan dengan darah yang keluar dari jantung ke seluruh badan.
panseluruh; dulang penahan; kematuGeologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas