Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seluruh (kata tugas)
Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,
Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan,

Puisi
 

Sayang Temasik tempat berniaga,
     Masyhur sudah ke seluruh dunia;
Tuan emas hamba tembaga,
     Manakan boleh duduk bersama.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
comparative administrationpentadbiran perbandinganPentadbiranPentadbiran Awam

Satu pendekatan antara dan dalam kerajaan di seluruh dunia, iaitu antara negara dengan menggunakan cara perbandingan untuk menerang dan memberi penilaian tentang sistem pentadbiran dan birokrasi. Dengan kata lain, pentadbiran perbandingan ialah kajian perbandingan yang dibuat tentang pentadbiran di suatu negara dengan negara yang lain. Tujuan kajian perbandingan ini adalah untuk memberi pengenalan kepada perbandingan secara analisis sistem pentadbiran di seluruh dunia. Dengan adanya perbandingan ini akan memberi peluang kepada para pentadbir untuk memilih dan menggunakan sistem pentadbiran yang terbaik dan sesuai.

Worldwide Reference System (WARS)Sistem Rujukan Seluruh DuniaGeografiTiadaTiada
Society For Worldwide Interbank Financial TelecommunicationPertubuhan Telekomunikasi Kewangan antara Bank Seluruh DuniaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
eustacyeustasiGeologiTiadaNaik turun aras laut di seluruh dunia disebabkan perubahan muatan lembangan lautan atau isi padu air lautan.
eustatic changeperubahan eustatikGeologiTiadaPerubahan aras laut di seluruh dunia yang berlaku serentak disebabkan oleh perubahan pada isi padu air laut yang terhasil sama ada dari peleburan lembar-lembar ais benua atau dari pembentukannya.
eustaticeustatikGeologiTiadaBerkaitan dengan perubahan aras laut di seluruh dunia yang melibatkan semua lautan.
global productkeluaran sejagatPentadbiranTiadaKeluaran yang dipasarkan ke seluruh dunia dengan menggunakan jenama yang sama. Contohnya coca-cola, levi's dan sebagainya.
global ageingpenuaan globalGerontologiTiadaPerihal proses menua penduduk di seluruh dunia.
transnational musicmuzik transnasionalMuzikTiada

 Muzik yang dipopularkan di seluruh dunia oleh syarikat ra-kaman yang besar seperti CBS, EMI, Sony, BMG dan Poly­gram Philips. Kempen pemasaran melibatkan filem, video, televisyen, radio, piring hitam, kemeja-T dan poster. Con­tohnya, lagu Frozen yang dinyanyikan oleh Madonna, Some­times oleh Britney Spears dan Beat It oleh Michael Jackson.

international pressakhbar antarabangsaKomunikasiTiadaAkhbar yang bersifat antarabangsa untuk edaran di seluruh dunia.
12345678910

Kembali ke atas