Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.maian] | سماين

Definisi : 1. sesuatu yg disemai, semai; 2. = persemaian, pesemaian tempat menye­mai(kan): tapak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.maian] | سماين

Definisi : benih tumbuh-tumbuhan yg telah bercambah yg akan ditanam di tempat lain: ~ padi; ~ durian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semai (kata nama)
Bersinonim dengan benih, semar, ipukan, redih;,
Kata Terbitan : menyemai, tersemai, semaian, persemaian, penyemaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ada persoalan berkaitan istilah yang digunakan dalam pertanian atau tanaman makanan. Istilah manakah yang tepat untuk digunakan antara dua ini: media tanaman atau medium tanaman? Sama juga untuk media semaian atau medium semaian? Sekiranya dilihat maksud "media" digunakan dalam bidang komunikasi atau perhubungan. Medium pula dirujuk sebagai bahan yang menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan. Minta pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Istilah yang betul ialah medium tanaman dan medium semaian. Media tanaman merupakan istilah lama, manakala medium semaian memang terdapat dalam pangkalan data istilah DBP.Istilah02.06.2020
Saya ingin tahu adakah perkataan/istilah "tapak semaian" boleh ditukar / digantikan dengan "nurseri". Adakah DBP mengiktiraf "nurseri" boleh digunapakai?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nurseri bermaksud 1. tempat anak-anak pokok disemai atau ditanam utk dijual dsb; 2. bp taska. Oleh itu, nurseri boleh diguna pakai untuk tapak semaian.

Lain-lain10.03.2010
Bolehkah saya menggunakan perkataan NURSERI SAWIT bagi menggantikan perkataan TAPAK SEMAIAN SAWIT? Adakah perkataan dan ejaan NURSERI boleh digunapakai?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nurseri bermaksud 1. tempat anak-anak pokok disemai atau ditanam utk dijual dsb; 2. bp taska. Oleh itu, nurseri boleh diguna pakai untuk tapak semaian.

Lain-lain11.03.2010
Apakah perbezaan antara perihal menumbuhkan dan perihal tumbuh/berkembang? https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penumbuhan+pertumbuhan&d=175768&#LIHATSINI
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "tumbuh" ialah hidup dan menjadi bertambah besar atau sempurna (benih, pokok, rambut, dan lain-lain). Contoh ayat: Anak kelapa sudah mulai tumbuh. 

Manakala perkataan "menumbuhkan" pula memberi makna menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah; menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dan lain-lain) dengan sempurna. Contoh ayat: Baja ini gunanya untuk menumbuhkan benih semaian itu dengan cepat.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Makna19.09.2021
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Adik tersenyum (tajam) apabila melihat telatah pelawak itu. (b) Sepakan yang (tajam) oleh pemain itu mengenai tiang gol. (c) Kakak menyiram pokok bunga matahari yang sudah (luntur) itu. (d) Kemarau panjang yang melanda di kampung itu menyebabkan air sungai itu (luntur). (e) Kebanyakan remaja itu suka menghabiskan masa lapang mereka di (lubang) Tasik Biru. (f) Anita telah mendapat (tapak) dalam pasukan bola jaring sekolahnya. (g) Mata Maru menjadi (keras) selepas bangun daripada tidur. (h) Pak Uteh (mengisi) sawah itu dengan benih padi yang baru dipindah dari tapak semaian. (i) Ayah (mengisi) lubang itu untuk menanam sampah sarap.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015

Kembali ke atas