Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.maian] | سماين

Definisi : 1. sesuatu yg disemai, semai; 2. = persemaian, pesemaian tempat menye­mai(kan): tapak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.maian] | سماين

Definisi : benih tumbuh-tumbuhan yg telah bercambah yg akan ditanam di tempat lain: ~ padi; ~ durian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semai (kata nama)
Bersinonim dengan benih, semar, ipukan, redih;,
Kata Terbitan : menyemai, tersemai, semaian, persemaian, penyemaian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mobile nurserytapak semaian bergerakBiologiPatologiSemaian, misalnya semaian perangkap bersaiz kecil yang ditanam di dalam tempat atau bekas, tertentu (misalnya bakul) agar mudah dipindah-pindahkan.
trap nurserysemaian perangkapBiologiPatologiSemaian perentan untuk menarik patogen untuk vektor. Apabila begitu banyak patogen sudah berkumpul di situ maka semian tersebut mudah dimusnahkan. Semaian ini boleh juga digunakan untuk membuat anggaran bilangan populasi di sesuatu kawasan. Contohnya benih padi yang digunakan untuk menarik lelompat hijau, iaitu vektor bagi virus penyakit merah.
nurserytapak semaian; tabikaGeografiTiadaTapak semaian: Tempat yang menjual pokok atau benih pokok sebagai jualan langsung atau jualan kepada peniaga-peniaga borong.
potting shedrumah semaianPertanianAgronomi

Tempat yang beratap dan digunakan untuk menjalankan aktiviti penyediaan campuran tanah, memasu, menanam dan sebagainya bagi tujuan penyediaan anak benih dan tanaman berpasu. Rumah semaian perlu mempunyai infrastruktur seperti batas pasir, tempat penyimpanan tanah dan mesin penggaul tanah, pengairan dan stor. Kadar cahaya di dalam rumah semaian disesuaikan dengan keperluan jenis tanaman.

nursery stockstok semaianPerhutananPengurusan HutanJumlah dan jenis yang ada terdapat dalam satu tapak semaian dalam satu masa. stok nurseri.
seedboxkotak semaianPertanianAgronomi

 Kotak yang digunakan untuk mencambah biji benih. Kotak ini mengandungi medium seperti campuran tanah, pasir dan bahan organan yang sesuai untuk jenis tanaman. Medium ini sentiasa dalam keadaan yang lembap untuk memudahkan percambahan. Kotak semaian digunakan berbanding batas kerana anak benihnya mudah dipindahkan ke ladang. 

seed nurserysemaian biji benihPertanianAgronomi

 Kemudahan seperti tapak, rumah lindungan dan sistem pengairan yang digunakan untuk menyemai biji benih. Kemudahan ini membolehkan anak benih dijaga dengan sempurna semasa tahap membesar. Apabila sesuai, anak benih dipindahkan ke ladang. Contohnya, anak benih padi disemai di tapak semaian, kemudian diubah pula ke sawah.

green industryindustri indah sekitarLandskapTiadaPerusahaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pengekalan dan pemuliharaan alam sekitar. Contohnya, perusahaan semaian dan kitar semula. Sinonim industri semaian.
nurserytapak semaian; tabikaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
dry nurserysemaian daratPertanianTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas