Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sémak); menyemak 1. mende­ngar-kan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dgn teliti: murid mesti ~ kalau guru mengajar; 2. mengkaji, meneliti: murid-murid hendaklah ~ jawaban yg ada di dlm jadual ini; 3. memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yg salah dll), memerhatikan baik-baik: sukatan pelajaran yg digunakan pd zaman penjajah dahulu perlu disemak semula; semakan catatan (angka, kependekan, dll) utk dirujuk, rujukan: sampul surat yg me-ngandungi permohonan hendaklah ditanda dgn nombor ~ jawatan yg tertentu; penyemakan perbuatan (kerja dsb) menye­mak: setelah ia berpuas hati dgn kebolehan orang-orang bawahnya, dia tidaklah melaku-kan ~ lagi; penyemak orang yg menyemak, peneliti, pemeriksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar: rumput dan ~ tumbuh di tebing-tebing sungai itu; 2. ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah: budak itu diupahi-nya supaya membersihkan halaman rumah-nya yg ~; 3. ki kusut (perasaan, fikiran, dll), kacau: Muluk terasa ~ di dada; ~ hati = hati ~-~ tidak keruan fikiran (perasaan dll), berkecamuk fikiran dll; ~ samun berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil; ~-~ disiangi, rimbun-rimbun ditutuh prb sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara baik-baik; dr ~ ke belukar prb meninggalkan sesuatu yg buruk, tetapi mendapat yg buruk juga; menyemak 1. tumbuh menjadi semak (tum-buh-tumbuhan), menyerupai semak: dia menya-bit rumput, lalang, dan seberapa banyak tumbuh-tumbuhan yg ~ di sekeliling rumah-nya; 2. tidak teratur (tersusun), herot-herot, kusut; 3. semak hati; menyemakkan 1. membiarkan tumbuh semak; 2. merisaukan (fikiran dll), mengu­sutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Id, bp sama emak (ibu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah: ~ samun berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah. 2 ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil; penuh dgn pelbagai tumbuh-tumbuhan yg kecil: Halaman rumahnya ~ sekali. 3 tidak teratur dgn baik; kusut. ~ hati kusut atau kacau fikiran. menyemak 1 tumbuh menjadi semak (bkn tumbuh-tumbuhan); kotor kerana banyak semak: Bunga-bunga ini ~ saja. 2 ki mengganggu dan mengusutkan fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : /sémak/; menyemak 1 me­meriksa semula supaya tidak ada ke­salahan apa-apa; memperhatikan se­suatu karangan dll baik-baik; me­neliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu da­hulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg di­ucapkan atau yg dibacakan orang: Se­mentara Ali membaca, kamu semua hen­daklah ~. semakan hasil menyemak: Tindakan diambil berdasarkan ~ yg dibuat. penyemakan perbuatan atau hal menyemak: ~ yg dijalankan itu adalah utk memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan. penyemak orang (jawatankuasa dll) yg menyemak: ja­watankuasa ~ dasar pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Di dalam semak ada kebun,
     Di dalam kebun ada bunga;
Di dalam gelak ada pantun,
     Dalam pantun ada makna.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brushbelukar/semakGeologiTiadaBelukar/semak: Kawasan yang diliputi dengan pokok-pokok kecil.
scrubsemak samun ;berus;ganyah;gosok;sentalGeografiTiada3. Semak samun: Kominiti tumbuhan yang kebanyakannya terdiri daripada pokok renik.
BushSemakPertanianAgronomi

Kawasan tanah yang terbiar selepas diusahakan, sehingga ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan secara semulajadi.  Sekiranya terus dibiarkan, kawasan semak akan menjadi hutan.

checksumhasil tambah semakTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerNilai yang disertakan pada penghujung mesej atau sebagai lampiran kepada suatu mesej yang boleh digunakan untuk mengesahkan bahawa mesej tidak berubah semasa proses penghantaran. Mesej yang dihantar akan dimasukkan sebagai input dalam suatu rumusan matematik yang dikenali sebagai algoritma tambah semak untuk menghasilkan nilai yang lebih pendek daripada mesej asal. Nilai ini disertakan bersama-sama mesej semasa penghantaran. Apabila mesej diterima, penerima boleh mengesahkan integriti mesej tersebut dengan melalukannya dalam algoritma tambah semak yang sama. Sekiranya nilai yang diperoleh selepas penghantaran adalah sama dengan nilai yang disertakan bersama-sama mesej, maka mesej boleh disahkan sebagai tidak berubah. Sekiranya berlainan, maka perubahan telah berlaku pada mesej.
malleesemak malleeGeografiTiadaSejenis pokok renek eukaliptus yang terdapat di kawasan separa gersang di Barat dan Timur Laut Australia.
undergrowthsemakGeografiTiadaTiada
scrabsemak samunGeografiTiadaTiada
browsesemak lewaKejuruteraanTiadaTiada
browsesemak seimbasKomputerTiadaTiada
checksemak; cek; penyekat; periksa; sekat; retakPentadbiranTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas