Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
erkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan. Oleh itu ayat "Sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin" adalah betul. terima kasih, tuan.. tetapi kalau memberikan diikuti dengan kata nama tidak bernyawa. maka, jawapan sepatutnya sejumlah wang diberikan kepada pesakit dan bukannya diberi kepada pesakit. ) terima kasih kerana kekeliruan semakin kurang.

Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Dan begitulah juga dalam bentuk pasif. Oleh itu, ayat "Sejumlah wang diberikan kepada pesakit" adalah gramatis. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Tatabahasa23.07.2011
tolong tentukan kesalahan bahasa : 1 ) berumur kurang 40 tahun or kurang daripada 40 tahun ? 2 ) yang makin berkurang atau yang semakin berkurang ? 3 ) Si tukang jahit ialah kesalahan bahasa atau tidak ? 4 ) adalah antara 10 - 12 cm atau adalah di antara 10 - 12 cm ? 5 ) hingga atau sehingga ?1) Berumur kurang daripada 40 tahun. 2) ... yang semakin berkurang. 3) Betul. 4) Antara 10-12 cm 5) Kedua-duanya betul. 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.Tatabahasa12.11.2015
Tuan, adakah ayat ini betul? "Harumannya semakin pudar". Terima kasih.Pudar bermaksud kurang cahaya atau tidak berapa terang dan tidak tepat dari aspek semantik dalam ayat tersebut.Tatabahasa14.02.2012
Adakah ayat ini betul : 'Adalah seperti yang berikut'. Saya kurang pasti kerana ayat ini lewah tetapi pada masa yang sama penggunaan frasa ini semakin meluas. Ayat 'adalah seperti yang berikut' adalah betul dan boleh digunakan. Untuk makluman, kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa sendi nama dan frasa adjektif.Tatabahasa13.08.2011
Adakah kesalahan dalam perenggan ini. Sejak hari-hari ini,kewujudan pusat tuisyen semakin banyak bagai cendawan selepas hujan.Hal ini menyebabkan banyak ibu bapa cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen.Hal ini menyebabkan banyak pelajar mengambil kesempatan dan terlibat dalam gejala sosial.Sebenarnya,apakah tujuan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen?Beberapa kesalahan dapat dikesan dalam ayat ini terutamanya penggunaan perkataan yan penanda wacana yang kurang tepat dengan konteks ayat. Contohnya dalam ayat pertama, hendaklah dimulakan dengan perkataan "kewujudan pusat tuisyen...". Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu.Tatabahasa29.09.2015
selamat sejahtera. perkataan HUTAN DIGELEDAH. .Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu DIIMPLEMENTASIKAN sejak peringkat kanak-kanak.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa.RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar. Dua hari lepas saya tanya adakah perkataan yang berhuruf besar dalam tiga ayat tesebut sesuai untuk penggunaan ayat tersebut.Tuan/Puan kata ia tiak sesuai. Saya telah baca ayat in dalam majalah Dewan siswa yang diterbitkan oleh DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.Tajuk malah ini ialah TIPIS NILAI KASIH SAYANG.Ayat-ayat tersebut telah diambil daripada tajuk pencemaran sungai.Jadi bagaimana perkataan tersebut kurang sesuai untuk ayat tersebut. Mohon penjelasan. Terima kasihKami berpandangan dalam penulisan umum, penggunaan kata umum tanpa maksud tersirat/puitis lebih sesuai kerana mudah difahami. Sementelahan pula pelajar digalakkan membina ayat yang mudah difahami. Penerbitan majalah Dewan Siswa, berkemungkinan mengambil pendekatan menggunakan perkataan yang mengandungi maksud tersirat/puitis dalam rencana terpilih bagi tujuan menarik minat pembaca.Tatabahasa14.07.2016
Salam sejahtera,boleh tak pihak tuan/puan untuk menyemak penggunaan kata(dalam kurungan) sesuai atau tidak dalam ayat tersebut? 1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. (kejur) 2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. (bengkok) 3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. (rebah) 4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. (usang) 5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. (berkeliaran) Selain itu,apakah perbezaan antara orang-orang dengan orang-orangan? Sekian,terima kasih1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. - Kejur bermaksud keras dan kaku, boleh digunakan dalam ayat tersebut. 
2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. - Bengkok bermaksud tidak lurus dan tidak sesuai digunakan kepada tubuh badan manusia. 
3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. - Rebah bermaksud tumbang dan lazimnya digunakan untuk manusia manusia dan pokok.  
4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. - Usang bermaksud  lama terpakai atau tersimpan dan sesuai digunakan dalam ayat tersebut. 
5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. - Berkeliaran bermaksud merayau dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Saudara boleh menyemak sendiri makna perkataan dan memastikan sama ada penggunaannya sesuai atau tidak dalam konteks ayat tersebut melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, dan taipkan perkataan tersebut dalam ruangan Carian Spesifik.
Tatabahasa09.05.2012
Assalamualaikum Tuan. Saya ingin bertanya tentang Korpus DBP. Mengikut semakan saya melalui Laman Web DBP, (http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/76?mid=61), saiz korpus DBP sehingga 25 November 2008 adalah lebih kurang 135 juta perkataan. Saya ingin mengetahui: 1. Setakat 28 Mei 2021, berapakah jumlah perkataan terkini korpus ini? Adakah bahan-bahan sentiasa dikemaskini dari tahun 2008 hingga kini? 2. Berapakah jumlah subkorpus yang terangkum dalam pangkalan korpus DBP? Boleh tuan berikan pencerahan dan butiran setiap subkorpus? Setakat 2021, adakah jenis subkorpus masih kekal sama atau terdapat pertambahan? Saya berharap persoalan ini mendapat respon daripada pihak Tuan. Sekian, terima kasihSehingga 28/5/2021, bahan-bahan sentiasa dikemaskinikan dalam Pangkalan Data Korpus DBP dan kini sebanyak 119,326 bahan yang mengandungi 124,743,168 kata.

Bahan dalam subkorpus semakin bertambah.
Subkorpus kekal:
1) Lain-lain - 13 bahan, 75,201 kata
2) Akhbar, 115,530 bahan, 59,267,169 kata
3) Buku, 822 bahan, 27,823,956 kata
4) Majalah, 1,981 bahan, 10,599,710 kata
5) Efemeral, 36 bahan, 110,676 kata
6) Teks Sastera, 801 bahan, 26,206,665, kata
7) Kertas Kerja, 143 bahan, 659,791 kata

Lain-lain28.05.2021
Antara masalah besar pelajar sains di Malaysia ini adalah untuk menulis hasil kajian dalam Bahasa Melayu. Laman web DBP tidak terkini dan tidak kemaskini untuk istilah sains yang baru dan terkini. Sebagai contohnya, apakah bahasa melayu untuk Internet-of-thing, drop-casting, reduced graphene oxide, gravitational waves, biocompatibility, dan lain-lain? Ya, memang ada option dalam pertanyaan khidmat nasihat, tetapi ianya mengambil masa juga untuk membalas dan kadang kala ianya bercelaru dengan istilah sebelumnya. Seperti istilah gravitaitonal waves yang diterjemahkan sebagai gelombang graviti. Tetapi gravity wave pula diistilahkan sebagai graviti gelombang. *Seingat saya, sewaktu saya menulis tentang gravitational waves, gelombang graviti dimiliki oleh graviti waves. Sedangkan ianya jenis gelombang. Kadangkala, kami bersama pasukan MajalahSains terpaksa memerah idea sendiri agar istilah tersebut kena dengan mantik dan logiknya. Sebagai contoh, kami menyimpulkan beza gravitational waves dan gravity waves kepada gelombang gravitasi dan gelombang graviti. Selain itu menterjemahkan Reduced Graphene Oxide kepada grafin kurang oksida, biocompatibility kepada keserasian biologi, drop casting kepada teknik salutan titisan (kerana teknik salutan ini daripada titisan), dan internet-of-thing kepada objek rangkaian internet, Diharap, DBP lebih drastik menterjemahkan istilah sains dan bidang ilmu lain yang semakin pantas dan berkembang.Untuk makluman tuan, pembentukan istilah dalam bahasa Melayu diuruskan oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka.  Sekiranya tuan memerlukan cadangan padanan istilah bahasa Melayu, sila kemukakan istilah tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479158/21479155 untuk mendapatkan maklumat lanjut.Istilah17.10.2016

Kembali ke atas