Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.lam] | سمالم

Definisi : ® malam I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.lam] | سمالم

Definisi : 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari se­belum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi ber-kelah ke Port Dickson; 4. malam sebelum malam ini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di panggung Rex; ~ suntuk sepanjang malam; ~ di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut prb hendaklah kita menurut adat isti­adat negeri yg kita tumpangi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.lam] | سمالم

Definisi : 1 satu malam: Dlm perjalanan saya ke Kota Bharu, saya singgah ~ di Kuantan. 2 hari sebelum hari ini: Mengapa kamu tidak bersekolah ~? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Lihat selanjutnya...(40)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tibok[ti.bo/]kata kerjamemukul dengan tangan ke bahagian badan sahaja (Pulau Aur, Mersing).Abu kenak tibok semalam, abes lebam badan.[A.bu k«.nA/ ti.bo/ s«.mA.lAm A.bes l«.bAm bA.dAn]Abu kena pukul di bahagian badan semalam sehingga lebam-lebam.
besanggo[b«.sAN.g]kata kerjasinggah sementara untuk rombongan pengantin lelaki sebelum dilangsungkan acara persandingan di rumah pengantin perempuan.Sari semalam angkatan pengantin lelaki besanggo di rumah Mak Kiah sebelom ke rumah pengantin pempuan.[sA.Äi s«.mA.lAm AN.kA.tAn p«.NAn.ten l«.lA.ki b«.sAN.g di  ]Sehari semalam rombongan pengantin lelaki menyinggah sementara di rumah Mak Kiah sebelum menuju ke rumah pengantin perempuan.
gabas[gA.bAs]kata adjektifberkenaan rasa kebas pada kaki atau tangan kerana terlalu sejuk dan lain-lain.Gabas kaki tangan aku dari semalam.[gA.bAs kA.ki tA.NAn A.ku dA.Äi s«.mA.lAm]Sejak kelmarin kaki dan tangan aku berasa kebas.

Kembali ke atas