Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.la.man] | سمالمن

Definisi : sepan­jang malam, semalam suntuk: maka belayar-lah juga ~ itu; semalaman itu kami tidak tidur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.la.man] | سمالمن

Definisi : semalam-malaman sepanjang malam: Saya tidak dpt tidur ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, perkataan "kembung" dalam ayat berikut harus diganti dengan apa perkataan ? Papan lapis itu kembung kerana terendam di dalam air hujan semalaman terima kasih.Papan lapis itu kembang kerana terendam di dalam  air hujan semalaman.Tatabahasa04.12.2020
Bayangkan perjalanan dari Mekah ke Baitul Maqdis yang berbulan-bulan itu dilakukannya semalaman sahaja. Penggunaan "Bayangkan" dlm ayat di atas betul atau salah? terima kasihBayangkan ialah terjemahan imagine dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa07.09.2012
Salam, saya ingin bertanya, 'Sleepover','Pajamas party' atau 'Slumber party' merupakan budaya barat yang bermaksud tidur semalaman di rumah seseorang atau tempat lain. Disebabkan budaya ini tidak wujud dalam masyarakat Melayu, ada tak perkataan atau frasa yang boleh diterjemahkan bagi menepati makna perkataan tersebut? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Parti Bermalam.Istilah28.04.2016
tuan Ali mrngupas kulit kering luka pada kakinya. (mengupas salah dan perlu digantikan dengan kata?) tuan Ramli tidak tidur semalaman kerana sibuk mengupas idea.( mengupas perlu digantikan dengan kata apa?) TQ banyak2

Ali menanggalkan kulit kering pada luka di kakinya. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
pilih ayat yang betul 1 Kamu harus cepat sampai supaya tidak ketinggalan bas. 11 ¢ikgu Mat mengajarkan Matematik kepada murid-muridnya. III Darah seni memang sudah lama mengalir di dalam jiwanya. 1V Sungguhpun badannya letih, Zali tetap menghadiri majlis hari lahir. A. I,Il,dan lV B. ll,danIV sahaja. C. ll dan lll sahaja. D. 1,11,111 dan lV pilih ayat yang betul A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita.1. Kami berpandangan ayat I,II dan IV betul. Walau bagaimanapun jika soalan yang ditanyakan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang dalam dalam hal ini seperti sekolah atau Majlis Peperiksaan Malaysia.  
2.
A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya - betul.
B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah - betul.
C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman - betul.
D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita - salah.
Tatabahasa17.10.2014
salam. 1)"oleh kerana" dan "oleh sebab", yang mana satu salah penggunaannya? 2) betulkah penggunaan perkataan dalam ayat Ini? - "semalam-malaman" dia tidak dapat tidur memikirkan masalah itu. -"setengah-setengah" orang berpendapat kajian yang dibuat itu kurang tepat. -Ali sempat "merakamkan" pemandangan waktu pagi ketika berada di puncak Gunung Kinabalu. Tq

1. Penggunaan yang salah ialah oleh kerana (yang betulnya oleh sebab), oleh merupakan kata nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan.

2. Semalam-malaman (semalaman - juga betul dan sama maknanya) dia tidak dapat tidur memikirkan masalah itu.

3. Setengah (tidak perlu digandakan) orang berpendapat kajian yang dibuat itu kurang tepat.

4. Ali sempat merakamkan pemandangan waktu pagi ketika berada di puncak Gunung Kinabalu.

Tatabahasa08.07.2008

Kembali ke atas