Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.man.tik] | سمنتيک

Definisi : (Lin) kajian tentang makna per-kataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.man.tik] | سمنتيک

Definisi : /sémantik/ ilmu mengenai makna atau erti kata, dan penambahan atau perubahan makna kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semantik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMANTIK

Semantik , dalam logik, ialah kajian tentang tanda

dan simbol, termasuk perkataan, yang dikatakan

bermakna. Ia juga adalah kajian mengenai

bagaimana kelakuan manusia dipengaruhi oleh

kata-kata, sama ada dituturkan oleh orang lain atau

kepada diri sendiri dalam fikiran sendiri. Dalam

filologi, iaitu kajian saintifik mengenai bahasa,

semantik digunakan untuk dimaksudkan kajian

sejarah mengenai perubahan makna perkataan.

UMUM 
KAMUS KHUSUS

KAMUS KHUSUS, salah satu jenis kamus yang memberi sumbangan yang amat penting dalam dunia perkamusan itu sendiri. Oleh sebab konsep kamus itu mempunyai pengertian yang amat luas meliputi input linguistik seperti morfologi, sintaksis, semantik, fonologi, dan semua subdisiplin  linguistik yang lain seperti  leksikologi, analisis wacana, pragmatik, etimologi den sebagainya, maka potensi kamus khusus itu untuk berkembang jelas terbuka luas. Malah kamus khusus menjadi faktor yang mencorakkan kepelbagaian usaha penyusunan kamus yang menjadi agen kodifikasi bahasa yang amat berpengaruh.

BAHASAPenerbitan
KAMUS DEWAN

KAMUS DEWAN, kamus ekabahasa bahasa Melayu yang mula diusahakan pada tahun 1963 dan diterbitkan pada tahun 1970 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kamus Dewan merupakan salah satu korpus bahasa yang penting yang dapat memaparkan perkembangan sesuatu bahasa, khususnya dari segi ejaan, sebutan, bentuk dan jenis kata, semantik, pragmatik, stilistik, dan sebagainya. Kamus ini dijangka dapat menjadi dokumen penting yang mencatatkan pelbagai aspek perkembangan bahasa Melayu moden, khususnya antara tahun 1950-an sehingga tahun 1970. Pengguna sasaran kamus ini ialah pengkaji atau penyelidik bahasa Melayu serta pembaca umum di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, dan juga sesiapa yang berminat untuk mengkaji perkembangan bahasa Melayu.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas