Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mat] | سمت

Definisi : benda (jarum peniti, peniti cantil, dll) yg digunakan utk mencucuk dua benda yg hendak dicantumkan; menyemat mencantumkan dua benda dgn semat, menusukkan semat (supaya bercantum dll): ibu sedang ~ atap; menyematkan 1. mencantumkan (dua benda) dgn semat: sematkan tiap-tiap keping kertas tebal itu pd satu bongkah kayu; 2. me-letakkan dgn semat: Seri Paduka Baginda telah ~ pingat-pingat itu ke dada mereka; 3. mencucukkan sesuatu sbg semat: lilitkan benang ini pd kepala dan hujung peniti yg disematkan menegak; 4. ki menyertakan, melampirkan: bersama surat ini disematkan sekeping cek utk ayahanda; tersemat 1. telah disemat atau disematkan, telah tercantum: di dadanya ~ sebuah pingat yg menjadi kebanggaannya; 2. ki terletak, terpateri (dlm hati, ingatan, dll), terasa: tidak seorang pun antara kawan-kawannya yg mengetahui apa yg ~ di hatinya itu; sematan 1. sesuatu yg disemat atau disemat-kan; 2. lampiran, tambahan (yg disertakan); penyematan perihal menyemat atau me-nyematkan; penyemat alat utk menyemat: jarum ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mat] | سمت

Definisi : benda (spt jarum peniti dll) yg digunakan utk mencucuk dua benda yg hendak dicantumkan. menyemat melekatkan (mencantumkan dsb) se­suatu dgn semat: Ibu sedang ~ atap. Dia ~ bajunya dgn kerongsang emas. me­nyematkan 1 melekatkan sesuatu sbg semat (spt pingat) pd: Baginda sendiri telah ~ pingat itu ke dadanya. 2 menggunakan (menjadikan) se­sua­tu sbg semat: Mereka ~ lidi utk mengukuhkan bungkusan itu. tersemat 1 sudah disematkan; telah dicantumkan dgn semat: Pingat-pingat kebesaran ~ di dadanya. 2 ki terlekat dlm ingatan dll; teringat; terasa: Tiada sesiapa yg tahu akan apa yg ~ di hatinya. penyemat benda-benda yg digunakan utk me­nyemat: jarum ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semat (kata nama)
Bersinonim dengan jarum, jarum peniti, peniti, cantel, pin, pasak, cemat;,
Kata Terbitan : menyemat, menyematkan, tersemat, sematan, penyemat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pin bastingsemat penitiPentadbiran PerniagaanTiadaMenyemat kelim dengan peniti sebelum dijahit.
directional pinningsemat ikut iraPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
directional pinningsemat ikut iraKesenianTiadaMenetapkan fabrik dengan jarum peniti mengikut benang ira.
saddle ack stitchsemat tulangKomunikasiTiadaTiada
pincemat; pin; penitiPentadbiran PerniagaanTiada1. Cemat: Semat atau pin untuk mencantumkan dua bahagian daripada sesuatu alat dan lain-lain.,2. Pin: Sejenis jarum yang digunakan untuk mencucukkan dan melekatkan sesuatu pada benda lain.,3. Peniti: Sejenis jarum penyemat.

Kembali ke atas