Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bah] | سمبه

Definisi : 1. penghormatan kpd raja dll (dgn menangkupkan kedua-dua tapak tangan serta menyusun jari dan mengangkat ke atas hingga ke paras dagu ataupun hingga ke dahi): mengangkat ~; 2. kata-kata yg ditujukan kpd raja (orang yg dimuliakan): setelah raja China mendengar ~ tabib itu, maka raja China pun menitahkan utusan ke Melaka minta air basuh kaki raja Melaka; berdatang ~ berkata kpd raja (orang yg dimuliakan); ~ salam = ~ dan sujud hormat dan khidmat (dlm surat-menyurat kpd orang yg dihormati dll); ~-simpuh tertib sopan (kelakuan); bersembah berkata dgn hormat dan takzim; bersembahkan sl = mempersembahkan; menyembah 1. memberi hormat dgn meng-angkat sembah: maka sekalian orang yg duduk di bawah itu pun ~; 2. memberi hormat dgn mencium dll pd (lutut dll): anak Pangeran Mas Seri Negara itu ~ lutut paduka ayahandanya; 3. menghormati sesuatu sbg Tuhan atau dewa, memuja: ~ berhala; ~ mata-hari; 4. mengaku diperintah oleh (ditakluki oleh dll), tunduk kpd, mengaku taat kpd: Sultan Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam; ~ bumi tumbang tertiarap di bumi, roboh: dia tersungkur ~ bumi dgn kepalanya berlumuran darah di hadapan orang ramai yg kegemparan; kondominium yg sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi; menyembahkan, mempersembahkan 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara; sembahan yg disembah (Tuhan), yg dipuja-puja atau dihormati, pujaan: berhala yg menjadi ~ penganut agama Buddha; persembahan 1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan yg diselingi lagu-lagu; penyembahan 1. perihal menyembah atau memuja; 2. pemujaan; penyembah orang yg menyembah, pemuja: ~ berhala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bah] | سمبه

Definisi : me­ngunjukkan (mem­­berikan dsb) se­suatu dgn hormat: Ben­tara telah ~ surat tsb kpd baginda. mempersembahkan 1 mengatakan (memberitahukan dsb) dgn hormat; menyampaikan permohonan dsb dgn hormat: Pengintip-pengintip itu telah pulang ke negeri mereka lalu ~ hal tsb kpd raja mereka. 2 menghidangkan atau menunjukkan sesuatu (filem, drama dsb) kpd umum: Kumpulan tsb akan ~ drama Tamu Bukit Kenny pd malam ini. persembahan 1 apa-apa yg disembahkan; pemberian kpd raja-raja. 2 sesuatu yg dipersembahkan kpd umum: ~ drama Tamu Bukit Kenny sangat memuaskan hati para penonton. penyembahan perbuatan atau hal menyembah. penyembah orang yg menyembah; pemuja: ~ batu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sem.bah] | سمبه

Definisi : 1 perbuatan menghormati dan memuliakan raja dll dgn mem­pertemukan kedua-dua tapak tangan lalu mengangkat ke paras dagu atau dahi: mengangkat ~. 2 kata-kata yg di­ucapkan kpd raja: Demikianlah ~ patik. bersembah berkata-kata dgn hormatnya. menyembah 1 memuliakan Allah dan mentaati-Nya: ~ Allah. 2 (bagi orang bukan Islam) menghormati sesuatu yg di­anggap berkuasa; memuja: ~ api. 3 memberi hormat kpd raja dll dgn mengangkat sembah: Maka Hang Tuah pun ~ baginda lalu pulang ke rumahnya. 4 mengaku tertakluk pd; mengaku taat kpd: Baginda tidak mahu ~ ke benua Siam. ~ bumi jatuh tertiarap ke bumi (bkn orang); roboh dan rosak teruk atau musnah (bkn bangunan). menyembahkan (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembah
Kata Terbitan : menyembah, menyembahkan, mempersembahkan, sembahan, penyembah,

Puisi
 

Kapal Bugis sudah datang,
     Sembah barang kepada raja;
Sudah lama abang berdagang,
     Sampai masa nak balik juga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Titah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertitah lalu, sembah berlaku).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Ampunkan ................. tuanku", sembah pengawal istana itu. A. beta B. patik C. hamba Apakah jawapannya, saya kurang pasti patik atau hamba. Tolong terangkan kepada saya. Terima kasih.Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Oleh itu jawapan yang tepat ialah B. patikIstilah01.10.2015
adakah ayat di bawah ini betul dari segi tatabahasa & penggunaanya? DAULAT TUANKU MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG .................... SEMBAH TAKZIM DARIPADA AAA saya dahului dengan ucapan terima kasihSelamat ptg:

Mohon tuan/puan menulis mengikut format seperti yang berikut:

DAULAT TUANKU,

MERAFAK SEMBAH,

UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA BERSEMPENA DENGAN PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG,

SEMBAH TAKZIM,

DARIPADA

Lain-lain08.11.2016
"Jika tuanku izinkan, () mohon turut serta dalam rombongan tersebut," sembah Tun Ali kepada Sultan Mansuh Atuan hamba Bhamba Cbeta Dberlepak-lepak Mana satu yang betul Terima kasihJawapan:

"Jika tuanku izinkan, hamba mohon turut serta dalam rombongan tersebut," sembah Tun Ali kepada Sultan Mansuh.
Lain-lain22.03.2022
Bukankah kata soal tidak boleh diletak dalam ayat penyata? Tolong betulkan tatabahasa ayat ini. Terima kasih. "Aku tidak menyembah apa yang engkau sembah."Ayat, "Aku tidak menyembah apa yang engkau sembah." tidak perlu diletakkan tanda soal di hujungnya kerana ayat tersebut bukan ayat tanya.Tatabahasa22.01.2018
Maaf, saya ingin bertanya tentang kata dasar bagi perkataan persembahan? Adakah sembah? Mohon penjelasan pihah DBP. Terima kasih.Apitan per-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu apabila bergabung dengan semua kata dasar kecuali dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, yang satu r harus digugurkan. Oleh itu, Kata dasar bagi persembahan ialah sembah.Tatabahasa02.06.2020
9 "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja. A beta B patik C hamba D baginda 24 " Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka. A kita B kami C beliau D mereka Apakah jawapan untuk soalan-soalan berikut? 6 "Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu. A dia B kita C kamu D mereka   7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul. A mereka B awak C saya D kami

1.   "Ampun patik tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.

2.   " Sebagai tentera, kami berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.

3.   "Sebagai murid, kamu hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.

4.   Mari kita ikut saya ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.

Tatabahasa09.05.2014
Ada dua rujukan yang saya baca. Pertama mengatakan perkataan [persembahan] mempunyai 2 morfem, iaitu sembah (morfem ebbas) dan apitan per-...-an dikira sebagai satu kesatuan dan dikira sebagai satu. maknanya ada 2 morfem di situ. Namun satu lagi rujukan (tatabahasa dewan) mengatakan perkataan [berkakikan] terdapat 3 morfem. Awalan ber (1 morfem), kaki (1 morfem) dan akhiran -kan (1 morfem). Antara keduanya yang mana satu tepat?Kedua-dua pandangan dan contoh itu betul bergantung pada aspek yang dinilai. Contoh pertama, persembahan mempunyai dua morfem, iaitu: 1 - sembah dan 2 - per-...-an (menganggap apitan sebagai satu morfem). Contoh kedua, berkakikan mempunyai tiga morfem, iaitu: 1 - awalan ber, 2 - kaki, dan 3 - akhiran kan. Buku Tatabahasa Dewan memisahkan setiap morfem terikat sebagai satu morfem.Tatabahasa31.07.2015
"Patik mohon menghadap tuanku," sembah petani tua itu setelah dipanggil ke istana oleh Sultan Shahbuddin. adakah "Patik" betul diguna, atau "Hamba" terima kasih.

Patik bermaksud hamba tetapi digunakan sewaktu bercakap dengan raja. Oleh itu, penggunaan patik dalam ayat tersebut adalah betul.

Tatabahasa08.08.2011
Soalan "Izinkan ___________ menghadap, ____________," sembah Laksamana Hassan. Ingin bertanya tentang jawapan bagi tempat kosong di atas. Mana kata ganti nama diri yang betul? A. patik, tuanku B. patik, baginda C. hamba, tuanku D. hamba, baginda Mohon jelaskan jawapan.Jawapan yang tepat ialah A. patik, tuankuLain-lain09.04.2021
" Segala titah permaisuri akan ____ laksanakan dengan segera," sembah dayang istana. A. baginda B. hamba C. patik D. beta Apakah jawapan yang sesuai ? Mengapa?Jawapan yang paling sesuai ialah "patik" kerana "patik" memang khas sebagai kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dengan raja.Istilah12.03.2018
12

Kembali ke atas