Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sembahyang fardu pd waktu subuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sembahyang yg dilakukan dlm waktu subuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembahyang (kata nama)
1. Dalam konteks Islam
bersinonim dengan solat, tiang agama,

2. Dalam konteks bukan Islam
bersinonim dengan puja, permintaan,

Kata Terbitan : bersembahyang,

Puisi
 

Sembahyang waktu Subuh,
     Pasang tabir atas tambiran;
Bau adinda lekat di tubuh,
     Dibawa mandi tidakkan hilang.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Mengapa takut sembahyang subuh, Subuh datang sembahyang ditegakkan; Mengapa takut menentang musuh, Musuh datang pantang dielakkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pagi-pagi kapal berlabuh, Singgah di Bentan membeli kopi; Bangun pagi sembahyang Subuh, Minta Tuhan tambahkan rezeki.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Sembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu subuh orang pun azan, Sesudah azan tegak sembahyang; Baju lusuh hutang sebeban, Malulah badan hendak meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas